Tahun 2011 sehingga sekarang bulan April,banyak kejadian yang pelik berlaku tanpa diduga.Bukannya aku ingat sangat tentang peristiwa yang berlaku sepanjang awal tahun 2011.Tetapi sehingga sekarang banyak nyawa,harta benda dan bencana alam yang berlaku sejak akhir-akhir ini.
KEMATIAN
ada a Peningkatan kadar jenayah di seluruh negara yang melibatkan warga asing juga tinggi.Ini termasuk kes-kes pembunuhan,pergaduhan,ragut dan rompakan.Selain itu faktor kemalangan jalan raya juga di lihat sangat membimbangkan dimana setiap hari di dada akhbar ada sahaja kemalangan yang melibatkan kematian.Semakin kuat kerajaan cuba menangani masaalah ini,ianya makin menjadi-jadi, seolah-olah ianya suatu yang tidak mungkin dapat kita hindari jika pemandu sendiri yang tidak ambil ikhtibar dari kejadian yang berlaku.Walau pun tidak ramai pemandu yang tidak ambil pusing tentang keselamatan di jalan raya,tetapi atas sebab kelakuan mereka orang lain yang menjadi mangsa.Ini belum dikira dengan kes kebakaran rumah atau lot perniagaan,Adakah disebabkan dengan kecuai atau ianya terjadi sendiri.Mustahil juga jika ianya terjadi sendiri kerana jika manusia itu tidak berbuat sesuatu mana mingkin ianya terjadi.Seperti kejadian 3.april.2011 dimana si ibu gagal menyelamatkan anak kecil sehingga mati rentung.Sesuatu yang menyayat hati bila kita mendengarnya.Lebih-lebih lagi si ibu melihat sendiri si anak meraung dalam kebakaran tersebut.Bukan niat penulis mahu menundingkan jari kepada mangsa atas kejadian atau menyalahkan mangsa.Mungkin ini yang dikatakan takdir ilahi.Tetapi mungkin dapat dielakkan jika kita lebih behati-hati dengan keadaan sekeliling terutama bila anak-anak kecil sedang bermain sendirian.Jangan mudah percaya dengan kerenah si kecil dan selalu memantau pegerakan mereka.Dan sebelum kejadian ini satu kejadian dimana cucu pasangan tua ini telah merangkak keluar menuju ke landasan keretapi kerana mengekori datuknya yang berkebun disebelah landasan keretapi.Anak kecil yang baru bertatih itu mati dilanggar sebuah keretapi yang kebetulan lalu tanpa disedari oleh penjaga walaupun hon keretapi telah dibunyikan.Ini kerana pasangan tua itu tidak sedar yang cucu mereka telah keluar begitu jauh.Apa yang menyadihkan dimana tahap kesedaran manusia dengan persekitaran mereka. Kes bunuh misalnya,bagi kes rompakan.Kenapa harus dibunuh mangsa.Berbaloikah merompak dengan sedikit hasil yang mungkin hanya bertahan sehari dua dengan hasil rompakan mereka.4.april..seorang nenek mati dikelar di leher sehingga mati di depan lif.Hanya anting-anting dan sedikit barangan berharga yang hilang.Adakah ini berbaloi?Sebelum ini seorang nenek warga india mati dibunuh didalam rumah.Tujuan adalah sama.Rompakan.Apa kudrat seorang nenek untuk melawan.Dan seorang gugu wanita berbangsa cina mati di tikam diatas jejantas dengan kes yang sama.Samun atau ragut.Kepada anda diluar sana termasuk penulis sendiri,berhati-hati dan saling meningati kephli keluarga termasuk kawan-kawan bahawa keadaan sekarang bukan sesuatu yang selamat jika kita bersendirian diluar kerana mungkin kita sedang diperhatikan.
POLITIK DUNIA
Monday, April 4, 2011
percaturan dunia..
Penulis bukan seorang yang arif menggenai hal-hal politik,tetapi dari segi pemerhatian dan sedikit kaji selidik dari sumber yang tidak beberapa jelas,Kenapa Menteri-menteri sekarang begitu takut dengan pembebasan Anuar Ibrahim iaitu pemimpin Parti Pembangkang.Ada yang kata jika Anuar yang meneraju Negara,Mungkin sesuatu perubahan yang besar akan berlaku.Mungkin juga gejala rasuah yang melibatkan orang kenamaan akan diketahui umum.Jika dilihat sekarang,mana-mana menteri yang meletakan jawatan atau dipecat,pasti ada sesuatu akan terjadi kepada mereka seperti ditahan kerana memiliki aset yang banyak.Sebagai contoh,khirtoyo suatu icon yang sering kita dengar dengan isu tanah dan rumah beliau yang berjuta ringgit.
Berbalik cerita pemimpin politik Anuar yang dituduh meliwat seorang lelaki.Ini adalah tuduhan yang kedua selepas beliau dibebaskan atas tuduhan yang sama.Sedang Anuar berjuang menepis segala tuduhan,penulis lihat banyak orang yang diluar sana terutama mereka yang tidak menyukai Anuar ketawa besar hingga ketelinga melihat kelibat Anuar turun naik mahkamah.Penulis sendiri tidak faham kenapa sesama bangsa,satu negara,satu agama kebanyakannya sanggup menindas seorang yang mempunyai edialogi dalam pembangunan negara,seorang bijakpandai dalam penggurusan kewangan nagara di tuduh sebegitu sekali.Tidak takutkah mereka ini dengan hukuman Tuhan.Apakan ini balasan kepada seseorang yang banyak membantu menaikan imej negara suatu ketika dahulu dazaman pemerintahan Tun Mahadir Mohamad.Baru-baru ini,apabila isu DNA Anuar diperlukan,ramai yang memberontak,mengeluarkan kata-kata kesat mengatakan si Anuar penakut.Dalam kehangatan itu,masyarakat dikejutkan dengan penemuan Rakaman video Sex Anuar bersama seorang pelacur.Tambah hebat lagi pihak polis mengesahkan ketulinan rakaman tersebut.PERSOALANYA..apakah maksud sebenar disebalik semua sandiwara ini.Tiba-tiba isu DNA Anuar sepi.Apakah tujuan mereka yang menadakan rakaman tersebut.Seolah-olah satu jalan cerita yang tiada penghujung.Teka-teki apakah ini?selalu juga penulis terfikir apakah yang akan terjadi kepada Anuar dimasa akan datang.Pada penulis,Jika ditakdirkan Anuar mati,dia akan menjadi seorang lagenda dimana seorang pemimpin ini betul-betul berjuang memegakan keadilan.Mengenai penemuan rakaman tersebut.Kenapa Anuar yang menjadi bahan utama sedangkan pihak tertentu boleh siasat bagaimana rakaman tersebut dibuat,siapa yang melakukan nya,mesti ada dalang disebalik kejadian dan kenapa wanita dalam rakaman tersebut tidak ditangkap dan dihadapkan ke muka penggadilan jika benar sebuah negara islam mengharamkan aktiviti pelacuran.Ini bermakna kita yang menonton juga bersubahat dan turut menyalahkan Anuar melanggan pelacur sedangkan di zaman sekarang banyak teknologi yang canggih boleh dihasilkan.Penulis juga rasa terharu dengan kesetian isteri Anuar yang sudi mememani suami dalam apa jua keadaan.Penulis tidak pesti siapakah yang benar dalam situasi ini.Mungkin ada sesuatu yang tersirat yang kita semua tidak tahu disebalik kejadian yang menimpa sesetengah pemimpin politik di negara ini.
BENCANA ALAM
Buat masa ini negara masih lagi di tahap yang stabil.Apa yang berlaku dinega luar adalah suatu yang amat membingkan terutama kepada negara malaysia yang kecil dari negara-negara yang lain.Mungkin malaysia terselindung kerana dikelilingi oleh negara luar.Resiko bencana alam yang berlaku mungkin tipis.Tetapi apa yang berlaku di negara matahari baru-baru ini amat menakutkan dan menyedihkah dengan kemusnahan yang berlaku.Dengan kesan radiasi dari kebocoran logi nuklear yang mungkin akan meragut banyak nyawa.Tambahan pihak japun lebih tertumpu kepada logi nuklear dari mencari mangsa yang tertimbus di sebalik runtuhan.Belum reda di japan,negara lain seperti Manila,Thailand dan Indonesia berlakunya gempa bumi dimana gegarannya terasa juga di Malaysia.Walaupun kurang kematian tetapi keadaan tersebut menyebabkan aktiviti ekonomi lumpuh.Di Thailand pula dilanda dengan banjir yang teruk.malaysia juga tidak terkecuali mungkin suatu hari nanti bencana ini akan sampai juga ke negara ini.Ada benar juga kerana Malaysia dikelilingi negara yang mempunyai bencana alam yang kuat..
Posted by halil bin halim at 10:33 PM