CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, March 26, 2011

Hasutan yang jahat..

Mungkin istilah ini akan membuatkan setengah orang marah setelah membaca artikel pendek ini.Apa yang ingin aku luahkan ialah sedikit atau mungkin lebih menggenai MLM.kenapa masih ramai orang yang ingin menceburi bidang yang belum tentu penghujungnya.Yang berjaya terus gah berada dipuncak,yang berada dibawah terkial-kial cuba merekrut ahli-ahli yang baru.Kadang-kadang aku sendiri pelik dengan mereka yang mudah terpenggaruh dengan up-line yang tidak tahu latar belakang dengan bidang yang di ceburi.Memang betul di zaman sekarang orang yang cetek pendidikan pun ada yang jadi jutawan.ada yang memiliki aset yang besar.Tetapi golongan ini bermula dari bawah.Bermula dengan sesuatu bidang yang mereka sendiri tidak tahu pada akhirnya menjadi kan mereka seorang yang berjaya.Pernah aku lihat dan aku kenal dengan seorang lelaki india yang pada zaman aku bersekolah menengah,lelaki ini sudah berkerja di kedai basikal sebagai seorang mekanik.Bertahun juga sehingga aku tamat tingkatan 5 di awal tahun 90-an.Tetapi baru-baru ini aku telah pargi ke kadai menjual besi buruk dan barangan terpakai,Lelaki india tersebut adalah Tauke di situ.Ramai juga pekerja disitu dan bila aku tanya perubahanya sekarang.Dia jawab''ini rezeki dari tuhan.''
 Berbalik dengan cerita asal,bukan aku nak protes apa yang berlaku dalam perniagaan MLM,cuma prodak yang diperkenalkan memang entah berguna atau tidak pada kita.Atau pun adakah ianya sesuatu keperluan kepada individu yang membelinya.Pada aku,sesiapa yang menyertai MLM ini hanya mementingkan keuntungan berbanding prodak yang hendak dijual.
  Prodak Kesihatan contohnya,pelbagai jenis yang kita dengar seperti  jus itu,jus ini,prodak susu la,untuk kuruskan dadan la.Aku terpaksa rahsiakan nama prodak ini.Mungkin anda sendiri tahu atau boleh mengagak jenis-jenisnya.Dengan harga yang mencecah ratusan ringgit malah mencecah ribuan ringgit,masih ada individu yang sanggup membeli padahal kalau nak dikatakan jus-jus yang dijual,secara amnya belum tahu tahap keberkesanan malah adakah prodak kesihatan yang ini telah melalui pelepasan dari jabatan kesihatan menggenai isi kandungan sama ada ianya benar-benar halal.Yang lebih mengejutkan apabila orang yang memperkenalkan dari mereka-mereka yang tiada penggalaman dalam bidang kesihatan atau perubatan.Ini semua hanya kerana duit.Jika ada yang terpedaya,maka lebatkah poket mereka.Ada ke logik sebotol jus mencecah rm150.00.Sedangkan segala isi kandunga yang terdapat dalam jus itu terdapat pada jus yang dijual dipasaraya yang jauh lebuh murah.Dengan rm150.00,mungkin penuh dalam peti sejuk dengan minuman jus dengan pelbagai perisa.lepas tu nak kena cari orang pulak.Kalau kita berduit pun,tidak mungkin kawan,saudara mara kita berduit.Biasanya kalau terjebak dalam MLM ni,mangsa yang yang terdekat ialah ahli keluarga,kengkawan lepas tu kawan punya kawan.Malah ada yang sanggup berhenti kerja.Maklum saja,up-line yang dulu hanya mat rampit sekarang dah pakai BMW 5siri.Berapa lama pulak dia dah masuk.Prodak dah bertahun,sekarang baru nak join.Makan asap la....lagi  satu kalau prodak MLM nie hanya tertumpu pada satu prodak sahaja.Sampai suatu masa ianya akan jauh juga.Tetapi orang yang sudah biasa dengan MLM,setiap keluaran prodak yang baru pasti mereka akan buat juga kerana ini adalah peluang perniagaan yang menguntungkan.Itulah yang pasti.Aku tidak tahu sama ada aku suka atau tidak dengan bidang ini.Seronok bila tengok anak melayu berjaya,dan kesal juga dengan anak melayu yang menipu bangsa sendiri dengan prodak yahudi.Wallahhualam....