CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, April 11, 2011

Greenway Pulau Ketam(Kelang)

 Hai...Kali ini rimbabarapi ingin berkongsi dengan anda percutian kami sekeluarga yang baru berlalu pada 9.april.2011 di Greenway yang terletak di Pulau Ketam di Kelang.Pada mulanya rancangan kami ialah ingin pergi bercuti di luar kawasan Selangor.tetapi faktor masa dan kos membantutkan misi kami .Setelah hampir seminggu merancang untuk membawa anak-anak,Kami menempah bilik di Greenway dengan diposit serendah rm50.00 sahaja.
   Sedikit menggenai unfo mengenai tempat percutian kami.GREENWAY...tampat yang sesuai untuk anda bersantai terutama kepada yang meminati aktiviti memancing ketegori aksi ringan.Selain itu tempat pengginapan juga selasa dangan 2 katil saiz Quen saiz cukup untuk 5 hingga 6 orang.tempat memasak juga disediakan termasuk air bersih untuk kegunaan harian.Keselamatan di sini juga terjamin kerana struktur binaan yang sangat kukuh dan kemas.Greenway yang terletak di tengah muara air laut yang dikelilingngi pepohon bakau yang menjadi tempat yang subur untuk pembiakan pelbagai jenis spesis ikan yang menjadi buruan bagi kaki pancing.Antara spesis yang sedia bertarung tenaga dengan anda ialah siakap,kerapu,kerapu naga atau merah,kertang,senangin,jenahak,pari dan banyak lagi dengan saiz yang besar.Bagi yang suka dengan aksi santai untuk berseronok boleh juga memancing gelama,bulus,belanak dengan mata kail bersaiz kecil berumpankan isi udang atau umpun-umpun.Anda boleh memilih lokasi yang anda rasa sesuai kerana di Greenway anda boleh menyelit dimana-mana sudut yang anda suka.

Jeti Port Kelang menuju ke Pulau Ketam

Kawasan parking berbayar yang selamat
Kuanter Tiket sementara boleh di beli untuk 2 hala sekali kerana tiket ini tiada tarikh liput.
Rupa bentuk Feri yang membawa penumpang ke Pilau ketam.Anda juga tidak perlu risau  kerana feri ini sentiasa beroperasi setiap setengah jam

Haaa...pertama kali naik feri...terus kena strok.

pemandangan dalam feri.kira selesa juga macam naik bus.ada air cond ngan tv LCD lagi.
     Berbalik tentang perjalanan kami dari Kuala Lumpur yang mengambil masa kira-kira satu jam perjalanan.Kami tiba di Perlabuhan Kelang dan terus ke Jeti Pulau Ketam.selepas meletakan kereta berdepan dengan Balai Polis,kami menuju ke Jeti dengan keperluan kami selama 2 hari 1 malam di Greenway.Sambil berjalan menuju ke jeti untuk membeli tiket,aku disapa oleh seorang lelaki indon."mau ke mana pak''.soalnya.''sana mau ke Indonesia,kalau mau ke Pulau Ketam,sebelah sana pak''.Sambil menunding jari kesuatu bengungan bari yang 90% siap dibina.Terasa malu juga,maklumlah pertama kali aku menjejakan kaki ke Pulau Ketam walaupun sebelum ini hampir 10 tahun aku berulang-alik dari Petaling Jaya ke Kelang atas urusan kerja.Kemudian aku terpaksa mengambil semula kereta kerana berhampiran Jeti Pulau Ketam tersedia parking bagi sesiapa yang pergi lebih dari 1hari dengan harga rm6.oo untuk 2 hari.Di jeti itu kelihatan sangat sibuk terutama pada musim percutian kerana banyak orang bercuti yang datang melawat atau makan angin di Pulau Ketam.Kuanter Tiket juga masih menggunakan meja lipat kerana keada disitu masih belum siap sepenuhnya.Untuk perjalanan ke Pulau Ketam,tiket boleh di beli sama ada di kuanter atau di dalam feri.Tiket juga boleh dibeli untuk 2 hala dan tiada tarikh luput.Harga juga sangat berpatutan untuk perjalanan selama 30 minit hanya rm7.oo untuk dewasa dan rm4.oo untuk kanak-kanak bawak 12 tahun.Perjalanan  ke Pulau ketam dengan feri yang berhawa dingin juga tidak membosankan kerana mata disaji dengan permandangan bot-bot dan kapal-kapal besar yang berada di kiri dan kanan.Keindahan hutan bakau juga sangat mempersona dengan kelibat burung dari spesis bangau.Untuk pengetahuan anda terdapat banyak pulau di sekeliling pulau ketam dengan nama lain.Antaranya pulau lima.Semakin hampir dengan destinasi,kelihatan banyak sangkar ikan yang di bina diatas permukaan laut dan ini sekaligus manarik perhatian ikan lain untuk datang kerana banyak makanan yang berlebihan dari sangkar menjadi habuan kepada ikan liar.Terdapat juga penternak tiram kelihatan di celah-celah longokan sangkar ikan.
 Perjalanan dari Jeti menuju ke Greenway dengan bot nelayan  memang suatu
penggalaman baru buat anak-anak.

Hallo...i di laut cina selatan nie...

Tempat membeli umpan.tetapi hanya udang beku.

suasana dalam bilik
Laluan ke bilik 2 tingkat.


Mendaratkan jenahak
Melihat telatah anak-anak bergurau sesama sendiri.
    Setibanya kami diJeti Pulau Ketam.bot yang akan membawa kami ke Greenway telah menanti.Vincent adalah orang yang bertanggungjawab mengatur perjalanan kami.Kami bertolak setelah segala urusan diJeti selesai.Dengan bot kayu atau bot nelayan suatu penggalaman pertama buat isteri dan anak-anak menaiki bot menuju ketengah laut.Perjalanan yang mengambil masa kira-kira 20 minit perjalanan memang seronok bila terjumpa bot-bot kecil yang sedang memancing.Bagaikan tercabar rasanya diri.Perjalanan terasa jauh sekali.Tidak sabar untuk melabuhkan mata kail untuk menduga ikan di sini.Setelah sampai di Greenway,ternyata ianya suatu yang tidak mengecewakan kerana lokasi yang memang menjadi habitat ikan dan juga tempat pengginapan yang begitu selesa.Tetapi pada yang kaki pancing,soal tempat tidur bukanlah suatu isu.Pemancig sejati dimana pun mereka boleh tidur jika mengantuk.Setelah mendaftar masuk,yang pertama melihat bilik untuk menyimpan barang.Utamakan keluarga dan keselesaan keluarga dahulu.Dengan 2 katil bersaiz besar,sangat selesa sangat cuma tiada bekalan elektrik pada waktu siang kerana disini mereka menggunakan jenoretor yang akan dihidupkan pada sebelah petang sekitar jam 7.oo malam.Disini juga disediakan dapur untuk tetamu memasak.Jadi kepada anda yang ingin bermalam disini pastikan membawa bekalan yang mencukupi.Bagi mereka yang pandai memasak bolehlah membawa bekalan basah.Dengar seperti leceh nak kena memasak,tetapi ini penggalaman yang paling berharga kerana setiap hasil tangkapan boleh dimasak terus.Lagi pula sambil memasak anda juga boleh melabuhkan joran atau koyan berhampiran dapur memasak.Dengar kata orang yang biasa memancing disini,di kawasan dapur ini adalah lubuk siakap naga atau siakap merah yang tinggi nilainya di pasaran.Dengan hanya berumpankan hirisan kembung dan nantikan umpan anda direntep.Sewaktu aku sedang bersiap dengan alatan memancing,terlihat aku seorang lelaki cina menaikkan seekor jenahak yang bersaiz sedarhana.Wahh...!terasa iri hati juga.Anak aku yang lelaki terus menyiapkan jorannya.Kelihata dia semakin biasa dengan aktiviti ini.Aku hanya memerhatikan gelagat anak aku yang debab ini menyiapkan jorannya.Sempurna sekali.Jika aku pergi memancing dengan anak lelaki aku  yang debab nie,jarang sekali hampa.Pasti ada saja hasil yang diperolehinya.Jadi dipendekan cerita pada hari pertama itu,aktiviti kami  hanya memancing.Si kakak dengan Novel sambil bermain dngan anak aku yang bongsu,si isteri menemani aku memancing berhanpiran bilik. petang itu,banyak juga hasil tangkapan yang kecil-kecil sahaja kerana pada hari itu arus laut agak deras berikutan hujan lebat di kelang.Tanpa di duga koyan yang dipasang oleh isteri aku telah menganai seekor jenahak.Semakin bersemangat kami pada hari itu.Beberapa orang lelaki berbangsa cina di sebelah hujung sana telah manaikkan beberapa ekor siakap.Dan sepasang suami isteri di bahagian belakang lebih seronok melayang ikan gelama.Hampir penuh tong ikan mereka.Dengan berbekalkan 8 batang joran berumpankan isi udang,tidak menang tangan memasang umpan bila bersilih ganti menukar joran.

 Ntah apa nama nya ikan nie.ada yang kata telinga gajah.Nak cakap,ikan nie nampak je macam nie.tapi sedap isinya.lemaknya...
 menggunakan koyan dangan kos yang paling murah.
tali rm2.80 dan koyan pula rm1.00 di beli di kedai alat memancing di jalan pudu.
belakang bilik pun layan gak.


Sampai 2 joran sekali.

sebahagian pengunjung sedang bebincang menganai trip akan datang.
  Untuk makluman pemancing yang mungkin berminat untuk menduga ikan di Greenway,umpan yang sesuai ialah ikan kembung dan udang kopek(udang kertas).Kenalan kami begitu sayang sekali apabila rentapan pada joran dengan perambut 80 paun berumpankan saki baki kepala kembung putus dengan sekali rentap.Bayangkan berapa kilo ikan yang ada di dasar laut ini.Walaupun joran orang lain yang direntap,ternyata semua yang berada berdekatan  dan melihat kejadian itu begitu kecewa.
 Pada aku sekeluarga percutian kali memang lain dari sebelumnya.Anak-anak juga gembira dengan aktiviti masing-masing.Pada sebelah malamnya aktiviti ini diteruskan sampai lewat pagi,Yang mana mengantuk boleh lah masuk bilik untuk tidur,dan aku juga terpaksa mengalah dan tidur sekitar jam 4.oo pagi.
 Pada hari kedua selepas serapan pada pagi itu,kami menyambung memancing dengan saki-baki umpan yang ada.Kalau di ikutkan,kami akan pulang pada sebelah petang pada pukul 4.oo petang,akibat kehabisan umpan dan alatan memancing,kami mengambil keputusan pulang pada pukul 1.00 tengah hari itu juga.Aku sekeluarga telah berjanji akan datang lagi ke Greenway pada trip yang akan datang dengan bekalan yang secukupnya.