CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, April 5, 2011

SAKA PENUNGGU RUMAH

Perjalanan menuju ke Kuala Selangor sangat terik.Syam Melihat anak-anaknya Najiha,Ashraff dan anak manjanya Allyia lena tertidur dibelakang kereta manakala Tini isteri Syam sedang asyik memerhatikan permandangan luar yang panas di bakar matahari."lain macam panasnya ye bang"kata Tini setelah lama tidak bersuara."Emmm...ye.."jawab Syam ringkas.Pekena air kelapa best gak kan".sapa syam kepada isterinya.Alang-alang dah nak sampai nie,kita terus makan kat rumah jamal saja lah.jawap Tini.Hari itu Syam sekekuarga ke Tanjung Karang kerana ada majlis perkahwinan saudara sebelah isteri Syam.Keluarga pengantin adalah adik kepada mak mertua Syam.Kalau nak di ikutkan hati,memang malas rasanya ingin pergi kerana bebanan kerja di kota memerlukan rehat pada hujung minggu.Tetapi apakan daya.Hati isteri,mertua kena jaga.Dulu sewaktu Syam berkahwin,Keluarga Jamal juga turut datang malah membantu dalam hal-hal kenduri.Dari Kuala lumpur ke kuala Selangor mengambil masa lebih kurang satu jam.Itu pun jika jalan tidak sibuk.
   Sampai sahaja di perkarangan rumah pengantin,Syam sekeluarga menjamu selara sambil mendengar lagu selamat pengantin baru yang sinonim di mainkan bila adanya kenduri kahwin.Rupanya telah ramai saudara sebelah isteri Syam yang hadir bagi membantu melancarkan aktiviti pada hari itu.Dikesempatan itu juga Syam gunakan untuk berjumpa saudara mara bertanyakan khabar.Sedang rancak berbual salah seorang saudara meminta tolong Syam pergi kerumah nenek sebelah isteri Syam untuk memanggil saudara dan nenek yang belum sampai kerana menunggu saudara jauh.Maklumlah bila kenduri kahwin begini sudah pasti rumah saudara yang terdekat akan menjadi tempat persinggahan kepada yang datang jauh.Kalau nak berehat boleh juga di rumah nenek,manalah tahu mengantuk berjalan jauh"beritahu saudara Syam.Cantik juga fikir Syam,Lagipun Syam memang sudah biasa dengan rumah nenek sebelah isterinya.Syam pergi mendapatkan isterinya untuk mengajak sekali kerumah nenek tetapi pelawaan Syam ditolak Tini kerana disindir saudara yang mengatakan Syam langsung tidak boleh berenggang dengan Tini.Malu juga Syam.tetapi lantaklah fikirnya.
    Pejalanan ke rumah nenek tidak jauh kira-kira 10 minit sahaja.Semakin hampir Syam bersalisih dengan sebuah kereta.Dijalan yang agak sempit itu sempat Syam menoleh kelibat manusia di dalam kereta.syah!nenek dan saudara sedang menuju kerumah pengantin.Alang-alang Syam sudah hendak sampai,diteruskan juga sehingga sampai kehalaman rumah nenek.Lama juga Syam tidak bertandang kerumah nenek.Keadaan halaman agak suram kerana keadaan nenek yang sudah tua mana mungkin boleh mencantikan halaman yang begitu besar.sesekali pandang terasa meremang juga bulu tengkuk Syam.Lagi pula rumah yang terletak sedikit jauh dari jalan besar.Fikir syam kalau terjadi apa-apa,tidak mungkin ada yang mendengar kalau menjerit sampai terkeluar anak tekak.Turun dari kereta,terus saja Syam menuju ke pintu depan rumah kayu 2 tingkat itu.Melihat pintu yang tidak berkunci terus sahaja Syam memberi salam.Namun tiada yang menjawab.Pelik juga syam bagaimana nenek isterinya boleh meninggalkan rumah tanpa dikunci.Pintu sliding ditarik dan daun pintu di tolak.sekali lagi Syam memberi salam dengan lebih kuat.Tiba-tiba terdengar seperti orang berjalan di tingkat atas.Mungkin ada orang agaknya.Lama syam menunggu namun tiada kelibat orang yang muncul.Dengan selamba syam masuk dan melihat dari tangga yang menuju ke tingkat atas.Suasana ternyata sepi.Mungkin kucing agaknya.Syam kembali kepintu sambil menarik sliding tanpa menutup pintu.Biarlah pintu terbuka.ada juga angin yang masuk.Tanpa berfikir panjang Syam melabuhkan badan diatas sofa untuk melelapkan mata sekejap.Teringat juga pesan orang tua-tua.Rumah lama jangan buat main.kalau boleh minta kebenaran.Manalah tahu ada yang menunggu.Jadi Syam bersuara"Anak cucu nak tumpang tidur sekejap di rumah nenek cucu".Namun tiada apa tindak balas.Bagaikan tidak dapat ditahan mata Syam terus tertutup.baru beberapa minit telinga terdengar seperti orang berjalan.tetapi bukan orang dewasa.Bunyi kenak-kanak berjalan diselang dengan berlari.Kemudian hilang.Syam kembali melelapkan matanya.DUMMM!!!Syam bingkas bangun bila terdengar bunyi hentaman kuat di dinding dapur sebelah kiri rumah itu.Sejenak syam terpaku.Bunyi apakah itu...?jantung Syam agak kencang berdenyut.Kali ini syam terdengar lagi bunyi seperti orang berlari di tingkat atas.Semakin jelas.Dilihatnya lantai rumah ditingkat atas itu.Ternyata bergerak-gerak seprti dipijak orang.terlihat juga debu halus jatuh bertaburan.Bunyi seperti budak berjalan tetapi geraknya seperti orang dewasa.Syam memberanikan diri melihat dari tangga.Ternyata tiada sesiapa di atas.Syam menuju semula ke sofa dengan berbagai soalan dikepala.DUMM!!!terkejut bukan main Syam apabila sekali lagi dinding dihemtam kuat seperti di baling dengan kelapa tua.Lantas dengan berani Syam membuka daun tingkap kaca dan ternyata tiada apa yang jatuh.Pokok kelapa juga tiada dan yang ada hanya pokok kelapa sawit.Itupun jauh dari rumah Kali ini degupan jantung Syam bertambah kuat.Terus saja Syam duduk di sofa sambil bersandar.Bunyi orang berjalan kedengaran lagi.Kali ini lebih kuat..DUUMMMM!!!lagi satu hentaman ditempat yang sama.Dan dengan tiba-tiba pintu sliding terbuka dengan kuat.Fuh!magik fikir Syam.Mana mungkin angin boleh menolak pintu besi.Lagin pula sliding.Tiba-tiba sliding tadi tertutup.Rasa mengantuk Syam terus hilang.Yang tumbul sekarang ialah perasaan takut yang menebal.Syam paham dengan apa yang terjadi.Oklah..cucu keluar.Maafkan cucu kalau menganggu.cucu nak balik ni''.Terus sahaja Syam keluar.Ada yang menjaga rupanya rumah nenek isteri Syam.Mungkin penunggu ini tidak senang dengan kedatangan Syam.Nasib baik Syam adalah cucu menantu bagi keluarga nenek.Jika orang lain,tidak tahu apa akan terjadi.Bukan Syam tidak pernah dengar cerita dari mulut mertuanya yang rumah nenek di kampung itu ada SAKA kepunyaan moyang mereka dahulu.Walaupun sudah beberapa kali cuba untuk dibuang.Semua usaha itu gagal kerana Saka yang mendiami rumah itu datangnya dari Jawa.Ianya ditugaskan untuk menjaga rumah saja.Menurut dari mertua Syam,tiada sesiapa yang diamanahkan untuk menerima Saka itu.Tetapi mungkin ianya akan datang sendiri kepada ahli keluarga yang dirasakan serasi dengannya.Kejadian itu tidak Syam ceritakan kepada sesiapa sehinggalah suatu malam lebih kurang seminggu selepas kejadian itu,Syam memberitahu kepada isterinya.Terkejut Tini dengan apa yang terjadi keatas suaminya.Bila diceritakan kepada mertua syam.Ternyata benar.Sudah lama ianya tidak buat hal.Syam hanya menjawab.Mungkin dia nak bermain dengan Syam agaknya....(ini adalah cerita benar yang berlaku pada tahun 2006 di tanjung karang selamgor)Sejak itu hati syam mula tawar hati untuk datang apatah lagi untuk bermalam si kampung.