Tersebut al-kisah seorang Ulama yang sedang menaiki pesawat(kapal terbang)yang sedang menuju kesuatu destinasi.sebelum itu ulama ini sudah pun mengambil wuduk(air sembahyang).Tiba-tiba dia terkentut dengan nada yang senyap sekali.Baunye pun antara ada dengan tak de jer.''.Alamak!terkentut pulak''.katanya didalam hati.lalu dia pun berlalu pergi ke tandas yang terletak di hujung pesawat setelah bertanyakan kepada seorang pramugari yang cun melecun di dalam pesawat tersebut.Dengan ruang yang agak sempit,memaksa Ulama tadi membuka pintu bagi membolehkan dia tunduk untuk mengambil wuduk.Gelagat ulama tadi diperhatikan oleh si Pramugari yang cun melecun tadi.Si Ulama tadi mula dengan memcuci muka,tangan,anak rambut,anak telinga dan yang terakhir sekali kaki.Apabila Ulama tadi mengangkat kaki ke atas sink untuk mencuci kaki,cepat-cepat si Pramugari tadi menegur."encik,sink itu hanya tempat mencuci tangan dan muka sahaja".Si Ulama hanya tersenyum dengan teguran itu."Kenapa saya tidak boleh mencuci kaki?.Ianya bertanya setelah selesai mengambil wuduk.Jawab si pramugari"tempat itu disediakan hanya untuk mencuci muka atau tangan".ulangnya.Untuk kepastian si Ulama bertanya kepada si Pramugari."berapa kali kamu mencuci muka dalam sehari''.Jawab pramugari dengan bangga."saya mencuci muka 2 kali sehari.Si ulama dengan selamba menjawap."Oooo...2 kali sehari...Jadi ini bemakna kaki saya lebih bersih dari wajah kamu kerana saya mencuci 5 kali sehari setiap kali saya mengambil wuduk."jawabnya sambil berlalu.Si pramugari tadi terdiam seketika dengan jawapan si Ulama tadi.Kemudian barulah si Pramugari tadi faham akan maksud yang tersirat dari apa yang disampaikan oleh si Ulama tadi.