CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, December 28, 2010

Seperti hari-hari yang lalu...dengan keadaan cuaca yang tidak menentu,maklumlah musim terkujuh...kadang-kadang mendung seharian,adakalanya hujan sampai ke malam...sambil aku termenung menunggu kerata yang di hantar ke pusat service Produa di Kepong siap,tiba-tiba sayu hati ini menggenangakan arwah abah yang telah pergi pada penghujung tahun 2009.Macam terdengar suara gurauan abah yang sentiasa menghiburkan lebih-lebih lagi jika anak-anak abab semua balik ke kampung.Ada saja aktiviti yang telah dirancang...memancing adalah sesuatu yang wajib...apa yang seronok jika pergi bersama abah,ada saja yang hendak di bicarakan.Lebihnya aku ibarat kawan jika keluar kemana-mana.Dari hal yang kecil hingga yang besar....
    Seingat aku sewaktu mula-mula memasuki tanah felda,kehidupan kami agak susah.Mujur abah mempunyai kemahiran sebagai mekanik motosikal.Jadi dapatlah menampung keperluan kami sekeluarga.Masa yang berlalu terlalu pantas aku rasakan.Jika boleh diundurkan masa,mahu sahaja aku kembali pada zaman kanak-kanak kerana memang belum puas bersama abah.Kalau nak aku karang cerita abah,bleh jadi satu novel agaknya...sekarang yang tinggal hanya memori yang mungkin tidak akan aku lupakan sampai bila-bila.Pada aku abah memang yang terbaik dengan kelas nya yang tersendiri..Seorang yang memahami anaknya...seorang yang senang dibawa berbincang..seorang yang yang terbuka..seorang penasihat yang bagus..dan dalam soal mencari ikan,abah memang tidak pernah kedekut ilmu.
   Atara kata-kata abah yang masih aku pegang sehingga sekarang dan pada aku inilah kata azimat yang membuatkan aku menjadi seorang yang penyabar dalam meneruskan kehidupan.''Dalam hidup biar susah dahulu dan kalau dah senang ingat zaman susah dulu...kalau suatu hari bila kita jatuh,kita tidak perlu takut kerana sudah biasa dengan kesusahan...kalau abah hidup boleh la tolong,kalau dah takde?".Ini kerana aku meminta abah membelikan aku sebuah motosokal TZM 150 pada tahun 1995.Masa zaman sekolah di tingkatan 5 jiwa muda aku memberontak bila tengok kawan-kawan aku memiliki motosikal yang di belikan oleh keluarga.Tapi kalau diikutkan mungkin aku pun sudah tiada lagi dimuka bumi kalau abah menuruti kemahuan aku.Manakan tidak,motosikal pinjam pun sampai 2,3 kali jatuh.luka lama belum sembuh,dah ada luka baru.terima kasih abah...Yang menarik,'' kalau nak motosikal beli la sendiri"sapa abah sambil ketawa kecil.Berkat sabar aku sampai sekarang tidak pernah beli moto pun,mana syarikat yang aku berkerja,pastinya ada motosikal yang disediakan..lagipun zaman merempit aku dah habis.
  Kini aku pun sudah bergelar sebagai seorang ayah kepada 3 orang cahaya mata...cucu abah.baru aku tahu perasaan seorang abah.Anak-anak hanya meminta..begitu juga aku waktu kecil dahulu.Kini apa yang berlaku pada zaman kecil aku,seolah aku melihat aku sewaktu kecil...Terima kasih abah kerana membesarkan aku cuma yang aku sesalkan kerana tidak dapat berkongsi setiap detik manis anak-anak yang sudah berkeluarga disamping cucu-cucu abah kerana abah pergi teralalu awal.ALLAH lebih sayangkan abah.Aku reda...al-fatihah..amin...anakmu