Ntah dimana bermulanya perubahan sikap isteri yang dulu langsung tidak meminati aktiviti memancing.Ini kerana hobi yang dikatakan mengguji sifat kesabaran seseorang.Lagi pula dengan keadaan cuaca yang tidak menentu kadang-kala membuatkan seseorang itu menggalah untuk meneruskan hobi tersebut.Aku yang pada mula hanya menggajak isteri untuk menemani aku menjadi teman berbicara membuatkan isteri ku gian untuk manarik ikan yang menggenai joran.Dan akhirnya hobi tersebut telah beralih kepada si isteri yang seringkali menggajak aku pergi memancing.Sekarang aku yang menjadi teman setianya setiap kali kami turun memancing.Pernah suatu ketika aku bagaikan kuli yang mana pada malam tersebut joran isteri tidak hanti-henti di remtap ikan yang kelaparan.Aku bertanggungjawap membuka ikan dari mata kail dan memasang umpan untuk isteri..Wah!penat sungguh rasanya...Paling menyeronokan ialah apabila joran isteri terkena ikan patin hampir 8kg beratnya..melihat gelagat isteri bertarung dangan ikan,memang melucukan.Hampir terbang joran ke dalam kolam kerana si ikan tidak mahu menggalah..Suatau kepuasan yang tidak terhingga apabila seseorang dapat menaikan ikan yang besar.
|
azie bersama patin 8kg |
|
ikan bulus di kuala teringganu |
Dan sehingga sekarang hobi bari isteri itu yang membuatkan hidup aku lebih gembira kerana ia boleh dilakukan bersama-sama anak-anak yang juga meminati hobi yang sama.Dan pada hujung minggu tidak kira sebelah pagi atau petang,kami akan pergi memancing...