CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, December 30, 2010

Dugaan demi dugaan....

anak-anak ayah tersayang..
Hai...macam-macam la dugaan yang mendatang.Gaji dapat lambat,persiapan anak yang masuk sekolah pun last minit jee..yang kelakar baju anak perempuan aku yang masuk tingkatan satu ada dua poket.Belah kanan poket yang sebelah kiri lobang je...yang tak tahan yang anak yang bongsu masuk tadika,dekat rm600 yuran keseluruhan yang kena bayar.Tu tak masuk yuran bulanan lagi..Yang lebih kesian kat anak-anak aku,diorang kena demam campak.Si abang tu tak kisah sangat...yang kecil tu je yang kacau sikit.Yelah! baru 5 tahun,time gatal dia datang,mula la merengek...tak kira masa..so perhatian kena lebih sikit..argghh!!!!...sabar je...
     Ada lagi yang memeningkan aku.Oleh kerana aku bukan peminat fanatik bola sepak,so,aku tak ambil pot pun pasukan mana yang menang.oleh itu aku tak tahu yang PM bagi cuti untuk meraikan kemenangan buat Malaysia.Aku dapat tahu pun tengahari...Pulak tu aku ambil cuti untuk kemasukan anak kesekolah menengah dan sekali terus aku buat pertukaran anak lelaki ke sekolah di selayang.Apa yang terjadi ialah sepatutnya pendaftaran anak perempuan pada 31.12.2010,Aku ambil cuti pada 30.12.2010.Aduhhh!!!..apa aku nak gebang dengan bos aku...pening gak pada mulanya..Bila terdengar Abby pengecara SINAR FM cakap cuti,aku terus sms kengkawan office untuk kesahihan..macam-macam le pulak jawapan diorang.Ada yang kata PM yang bagi cuti..tu memang la..ada yang kata Najib call diorang suruh cuti aahhh!!..macam-macam lagilah..aku nak tau bos ke yang approve cuti tu...yang bini aku pulak dah dekat pukul 12malam baru tau yang office dia pun cuti.Sebab yang aku dengar tak semua dapat cuti,ada yang kena kerja...kerajaan sure punya cuti...Tetapi yang bagusnye esok boleh la aku bawak anak perempuan aku daftar ke sekolah dia...ha..ha...tak payah nak tipu bos aku lagi...terima kasih kepada pemain bola sepak negara kerana telah menyelamatkan aku....
    Melihat anak-anak dengan pakaian sekolah baru,macam nak Raya pulak..masing-masing menggayakan diri.Diorang tak tahu yang ayah diaorang dah tinggal suku je lagi..Tapi tak pe lah...tanggungjawap kena laksanakan.Aku dah lepas..diorang yang baru nak kenal dunia..yang penting mereka gembira.Duit boleh dicari...kasih sayang,kebahagiaan dan senyuman anak-anak yang membuatkan aku lebih bersemangat untuk tahun depan...Ayah akan usahakan supaya anak-anak ayah dapat yang terbaik...insyaallah.