|
pemandangan sungai di waktu siang |
Pada malam itu aku dan 2 adik lelaki aku harman dan hamdan memancing di bawah jambatan di kampung tercinta...tempat dimana kami menimba ilmu cara-cara pengangkapan mahluk yang tinggal didalam AIR..seperti biasa malam itu diterangi cahaya samar bulan yang separuh penuh,kami bertiga berbual sambil mata tertumpu kepda batang joran masing-masing .sesekali ada rentapan yang dilakukan oleh ikan kecil.Geram juga bila terkena kejutan begitu..Tiba-tiba joran hamdan di rentap kuat.Apalagi..hamdan bingkas bangun mencapai joran yang hampir terbang ke dalam sungai.kami gembira kerana hasil tangkapan yang akan kami dapat sebentar nanti agak besar.Gembira bukan kerana apa.Aku gembira kerana inilah umpan
TAPA pertama yang aku buat sendiri menggenai ikan yang besar.Hampir beberapa minit,dari samar-samar cahaya bulan kelihatan kelibat sang
BAUNG hampir 1kg beratnya.Kemudian seekor
LAMPAM juga dinaikan pun hampir 1kg..Malam itu memang menyeronokan kerana ikan besar-besar belaka.Menurut hamdan adik lelaki yang ke3,sudah lama orang tidak memancing di sungai tersebut kerana menurut mereka sudah tiada ikan lagi.Yang tinggal pun hanya anak-anak ikan bersaiz kecil sahaja..Tetapi malam itu hanya kami 3 beradik yang tahu masih ada penghuni yang besar tinggal di dasar sungai tersebut.
|
tertangkap jua siPenunggu. |
Lamunan terhenti apabila terdengar ngomelan Harman yang meggatakan joranya tidak henti-henti di ganggu.Rentapan sang penunggu sangat kuat.Aku sendiri hairan,apakah mahluk yang makan sebegitu rupa.Rakus.Tapi hanya sekali dua.kemudian senyap.Geram adikku terus di rentap jorang bila sipengunggu menggangu umpan lagi.Terlepas!begitulah terus-menerus terjadinya..kata adikku,kali ini nekat.berhenjut walaupun sedikit,memang direntap sekuat hati biar tercabut bibir si penunggu itu.Keluhnya marah...Tiba-tiba joran harman dipermainkan lagi dan tampa banyak bicara setangkas koboi harman merentap!zreeettttt!!!! terdengar bunyi kelili berdesing kuat seperti ada yang tersangkut pada mata kailnya.Ada ke man tanya Hamdan...Harman yang terdiam menarik nafas lega.Ada.Katanya pendek..nampak ada tentangan tetapi tidak terlalu kuat.Tetapi sekali ia melawan boleh tahan juga kuatnya.Tali di gulung pentas,dari jauh terlihat suatu kelibat yang timbul dari permukaan air...laa.
.UDANG GALAH rupanya...besar woo..saiz jomboo...sepit udang tu pun dah berlumut.Tua betul Udang nie...ha..ha...kami puas sebab akhirnya terjawap jua siapa punya angkara...Aku pernah dengar sungai tempat aku ada udang.Tetapi sejauh mana kebenaran sehingga malam itu terungkai kebenaranya...