CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, December 27, 2010

BERAKHIRNYA 2010...

kawan aku si Yusri Sumaker...
Tinggal beberapa hari lagi 2010 akan melabuhkan tirainya...ha..ha..gelak aku masih seperti dulu.Misi dari tahun ke tahun untuk memperbaiki dan memantapkan diri serta keluarga tidak berhasil.Bagi aku tahun 2010 adalah tahun yang menggerikan dalam hidup aku.Orang kata tahun 2010 adalah tahun buat DUIT.Ada yang kata 2010 murah rezeki.Dan ada yang kata tahun 2010 tahun yangb sesuai memulakan perniagaan...Tidak dinafikan 2010 paling banyak peningkatan dari sektor ekonomi negara.Banyak juga perubahan-perubahan yang jelas kelihatan di bandar-bandar besar seperti Kuala lumpur contohnya..Pelbagai ragam manusia dapat dilihat...
   Bagi yang berjaya,teruskan usaha dan melipatgandakan lagi kejayaan anda.Antara rakan-rakan aku yang menigkat naik seperti sahabat baik aku,iskandar atau Buntal panggilan manja kononya...2009 hanya pembekal ikan di sebuah restoran,kini beliau mengusahakan sendiri restoran di Johor.Wow!sesuatu yang hebatkan.Yusri yang selalu kesempitan suatu ketika dulu kini senanag-senang je campak RM50 kat aku..ha..ha...kagum aku.Lebih membanggakan kini sahabatku ini sudah beristeri dan sedang menunggu kelahiran anak yang pertama..inilah rezeki yang ALLAH limpahkan kepada hambanya.Tahniah Yusri ya'acop,bakal bergelar seorang AYAH dan jaga isteri dengan baik.Dan yang seorang ni adalah insan yang paling rapat dengan aku.Norazizah atau azie panggilan manja buat isteri tersayang.Sejak berumah tangga,isteriku hanya melakukan kerja rumah dan berniaga membantu ibunya berniaga nasi lemak di sebelah malam.Selepas meninggalkan perniaga yang di serahkan kepada adik ipar,azie menggikut aku menjadi perunding kewangan di sebuah bank terkemuka di ibu negara.Hampir setengah tahun kami ligat memperkukuhkan kewangan kami.Alhamdullah...dapat juga sedikit kesenangan dan merasai kemewahan hidup.Namun itu semua tidak bertahan lama kerana ALLAH itu maha mengetahui..aku jatuh menjunam selepas itu..hampir tiga bulan tidak bekerja dan akhirnya aku meminta kerja sebagai pemandu peribadi di sebuah syarikat swasta dengan pendapatan yang minimum...cukup-cukup je.Yang menarik isteri aku yang memita kerja secara main-main juga di syarikat swasta nampaknya berhasil kerana pendapatan yang pada mulanya aku sendiri meragui rupanya suatu rieliti.manakan tidak iklan yang berbunyi"kerja rajin dapat RM10ribu,kerja rajin sikit RM5ribu,kerja sikit rajin RM3ribu."Bunyi macam main-main je.Walaupun begitu ada juga keluhan isteri untuk berhenti pada bulan pertama,Aku tahan dan cuba teruskan utk satu bulan.Genap sebulan ternyata syarikat tersebut mengotakan janjinya.Tersenyum isteri aku apabila melihat slip gaji yang diterima hampir RM4ribu pada bulan tersebut..ha..ha..pernah suatu ketika selepas beberapa bulan azie mendapat lebih RM7ribu..Tuah badan masing-masing kan!.Tiga orang yang aku sebutkan ini hanya segelintir sahaja yang aku kira begitu selesa dengan perkerjaan masing-masing.Ada juga pada usia 28 tahun yang sudah memiliki aset hampir setengah juta dan memandu kenderaan mewah.Aku....!masih terus mencari sesuatu yang serasi dengan aku.Kerja yang sekarang hanya kerja untuk bayar hutang.Tetapi aku tetap bersyukur kerana ALLAH masih memberi aku kudrat untuk menyara keluarga...entah..!! 2011 yang akan datang,adakah aku dapat mencari sesuatu yang dapat membawa sinar kebahagiaan dalam hidup aku sekeluarag.....

0 comments: