CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, December 30, 2010

Dugaan demi dugaan....

anak-anak ayah tersayang..
Hai...macam-macam la dugaan yang mendatang.Gaji dapat lambat,persiapan anak yang masuk sekolah pun last minit jee..yang kelakar baju anak perempuan aku yang masuk tingkatan satu ada dua poket.Belah kanan poket yang sebelah kiri lobang je...yang tak tahan yang anak yang bongsu masuk tadika,dekat rm600 yuran keseluruhan yang kena bayar.Tu tak masuk yuran bulanan lagi..Yang lebih kesian kat anak-anak aku,diorang kena demam campak.Si abang tu tak kisah sangat...yang kecil tu je yang kacau sikit.Yelah! baru 5 tahun,time gatal dia datang,mula la merengek...tak kira masa..so perhatian kena lebih sikit..argghh!!!!...sabar je...
     Ada lagi yang memeningkan aku.Oleh kerana aku bukan peminat fanatik bola sepak,so,aku tak ambil pot pun pasukan mana yang menang.oleh itu aku tak tahu yang PM bagi cuti untuk meraikan kemenangan buat Malaysia.Aku dapat tahu pun tengahari...Pulak tu aku ambil cuti untuk kemasukan anak kesekolah menengah dan sekali terus aku buat pertukaran anak lelaki ke sekolah di selayang.Apa yang terjadi ialah sepatutnya pendaftaran anak perempuan pada 31.12.2010,Aku ambil cuti pada 30.12.2010.Aduhhh!!!..apa aku nak gebang dengan bos aku...pening gak pada mulanya..Bila terdengar Abby pengecara SINAR FM cakap cuti,aku terus sms kengkawan office untuk kesahihan..macam-macam le pulak jawapan diorang.Ada yang kata PM yang bagi cuti..tu memang la..ada yang kata Najib call diorang suruh cuti aahhh!!..macam-macam lagilah..aku nak tau bos ke yang approve cuti tu...yang bini aku pulak dah dekat pukul 12malam baru tau yang office dia pun cuti.Sebab yang aku dengar tak semua dapat cuti,ada yang kena kerja...kerajaan sure punya cuti...Tetapi yang bagusnye esok boleh la aku bawak anak perempuan aku daftar ke sekolah dia...ha..ha...tak payah nak tipu bos aku lagi...terima kasih kepada pemain bola sepak negara kerana telah menyelamatkan aku....
    Melihat anak-anak dengan pakaian sekolah baru,macam nak Raya pulak..masing-masing menggayakan diri.Diorang tak tahu yang ayah diaorang dah tinggal suku je lagi..Tapi tak pe lah...tanggungjawap kena laksanakan.Aku dah lepas..diorang yang baru nak kenal dunia..yang penting mereka gembira.Duit boleh dicari...kasih sayang,kebahagiaan dan senyuman anak-anak yang membuatkan aku lebih bersemangat untuk tahun depan...Ayah akan usahakan supaya anak-anak ayah dapat yang terbaik...insyaallah.

Tuesday, December 28, 2010

Seperti hari-hari yang lalu...dengan keadaan cuaca yang tidak menentu,maklumlah musim terkujuh...kadang-kadang mendung seharian,adakalanya hujan sampai ke malam...sambil aku termenung menunggu kerata yang di hantar ke pusat service Produa di Kepong siap,tiba-tiba sayu hati ini menggenangakan arwah abah yang telah pergi pada penghujung tahun 2009.Macam terdengar suara gurauan abah yang sentiasa menghiburkan lebih-lebih lagi jika anak-anak abab semua balik ke kampung.Ada saja aktiviti yang telah dirancang...memancing adalah sesuatu yang wajib...apa yang seronok jika pergi bersama abah,ada saja yang hendak di bicarakan.Lebihnya aku ibarat kawan jika keluar kemana-mana.Dari hal yang kecil hingga yang besar....
    Seingat aku sewaktu mula-mula memasuki tanah felda,kehidupan kami agak susah.Mujur abah mempunyai kemahiran sebagai mekanik motosikal.Jadi dapatlah menampung keperluan kami sekeluarga.Masa yang berlalu terlalu pantas aku rasakan.Jika boleh diundurkan masa,mahu sahaja aku kembali pada zaman kanak-kanak kerana memang belum puas bersama abah.Kalau nak aku karang cerita abah,bleh jadi satu novel agaknya...sekarang yang tinggal hanya memori yang mungkin tidak akan aku lupakan sampai bila-bila.Pada aku abah memang yang terbaik dengan kelas nya yang tersendiri..Seorang yang memahami anaknya...seorang yang senang dibawa berbincang..seorang yang yang terbuka..seorang penasihat yang bagus..dan dalam soal mencari ikan,abah memang tidak pernah kedekut ilmu.
   Atara kata-kata abah yang masih aku pegang sehingga sekarang dan pada aku inilah kata azimat yang membuatkan aku menjadi seorang yang penyabar dalam meneruskan kehidupan.''Dalam hidup biar susah dahulu dan kalau dah senang ingat zaman susah dulu...kalau suatu hari bila kita jatuh,kita tidak perlu takut kerana sudah biasa dengan kesusahan...kalau abah hidup boleh la tolong,kalau dah takde?".Ini kerana aku meminta abah membelikan aku sebuah motosokal TZM 150 pada tahun 1995.Masa zaman sekolah di tingkatan 5 jiwa muda aku memberontak bila tengok kawan-kawan aku memiliki motosikal yang di belikan oleh keluarga.Tapi kalau diikutkan mungkin aku pun sudah tiada lagi dimuka bumi kalau abah menuruti kemahuan aku.Manakan tidak,motosikal pinjam pun sampai 2,3 kali jatuh.luka lama belum sembuh,dah ada luka baru.terima kasih abah...Yang menarik,'' kalau nak motosikal beli la sendiri"sapa abah sambil ketawa kecil.Berkat sabar aku sampai sekarang tidak pernah beli moto pun,mana syarikat yang aku berkerja,pastinya ada motosikal yang disediakan..lagipun zaman merempit aku dah habis.
  Kini aku pun sudah bergelar sebagai seorang ayah kepada 3 orang cahaya mata...cucu abah.baru aku tahu perasaan seorang abah.Anak-anak hanya meminta..begitu juga aku waktu kecil dahulu.Kini apa yang berlaku pada zaman kecil aku,seolah aku melihat aku sewaktu kecil...Terima kasih abah kerana membesarkan aku cuma yang aku sesalkan kerana tidak dapat berkongsi setiap detik manis anak-anak yang sudah berkeluarga disamping cucu-cucu abah kerana abah pergi teralalu awal.ALLAH lebih sayangkan abah.Aku reda...al-fatihah..amin...anakmu

Monday, December 27, 2010

BERAKHIRNYA 2010...

kawan aku si Yusri Sumaker...
Tinggal beberapa hari lagi 2010 akan melabuhkan tirainya...ha..ha..gelak aku masih seperti dulu.Misi dari tahun ke tahun untuk memperbaiki dan memantapkan diri serta keluarga tidak berhasil.Bagi aku tahun 2010 adalah tahun yang menggerikan dalam hidup aku.Orang kata tahun 2010 adalah tahun buat DUIT.Ada yang kata 2010 murah rezeki.Dan ada yang kata tahun 2010 tahun yangb sesuai memulakan perniagaan...Tidak dinafikan 2010 paling banyak peningkatan dari sektor ekonomi negara.Banyak juga perubahan-perubahan yang jelas kelihatan di bandar-bandar besar seperti Kuala lumpur contohnya..Pelbagai ragam manusia dapat dilihat...
   Bagi yang berjaya,teruskan usaha dan melipatgandakan lagi kejayaan anda.Antara rakan-rakan aku yang menigkat naik seperti sahabat baik aku,iskandar atau Buntal panggilan manja kononya...2009 hanya pembekal ikan di sebuah restoran,kini beliau mengusahakan sendiri restoran di Johor.Wow!sesuatu yang hebatkan.Yusri yang selalu kesempitan suatu ketika dulu kini senanag-senang je campak RM50 kat aku..ha..ha...kagum aku.Lebih membanggakan kini sahabatku ini sudah beristeri dan sedang menunggu kelahiran anak yang pertama..inilah rezeki yang ALLAH limpahkan kepada hambanya.Tahniah Yusri ya'acop,bakal bergelar seorang AYAH dan jaga isteri dengan baik.Dan yang seorang ni adalah insan yang paling rapat dengan aku.Norazizah atau azie panggilan manja buat isteri tersayang.Sejak berumah tangga,isteriku hanya melakukan kerja rumah dan berniaga membantu ibunya berniaga nasi lemak di sebelah malam.Selepas meninggalkan perniaga yang di serahkan kepada adik ipar,azie menggikut aku menjadi perunding kewangan di sebuah bank terkemuka di ibu negara.Hampir setengah tahun kami ligat memperkukuhkan kewangan kami.Alhamdullah...dapat juga sedikit kesenangan dan merasai kemewahan hidup.Namun itu semua tidak bertahan lama kerana ALLAH itu maha mengetahui..aku jatuh menjunam selepas itu..hampir tiga bulan tidak bekerja dan akhirnya aku meminta kerja sebagai pemandu peribadi di sebuah syarikat swasta dengan pendapatan yang minimum...cukup-cukup je.Yang menarik isteri aku yang memita kerja secara main-main juga di syarikat swasta nampaknya berhasil kerana pendapatan yang pada mulanya aku sendiri meragui rupanya suatu rieliti.manakan tidak iklan yang berbunyi"kerja rajin dapat RM10ribu,kerja rajin sikit RM5ribu,kerja sikit rajin RM3ribu."Bunyi macam main-main je.Walaupun begitu ada juga keluhan isteri untuk berhenti pada bulan pertama,Aku tahan dan cuba teruskan utk satu bulan.Genap sebulan ternyata syarikat tersebut mengotakan janjinya.Tersenyum isteri aku apabila melihat slip gaji yang diterima hampir RM4ribu pada bulan tersebut..ha..ha..pernah suatu ketika selepas beberapa bulan azie mendapat lebih RM7ribu..Tuah badan masing-masing kan!.Tiga orang yang aku sebutkan ini hanya segelintir sahaja yang aku kira begitu selesa dengan perkerjaan masing-masing.Ada juga pada usia 28 tahun yang sudah memiliki aset hampir setengah juta dan memandu kenderaan mewah.Aku....!masih terus mencari sesuatu yang serasi dengan aku.Kerja yang sekarang hanya kerja untuk bayar hutang.Tetapi aku tetap bersyukur kerana ALLAH masih memberi aku kudrat untuk menyara keluarga...entah..!! 2011 yang akan datang,adakah aku dapat mencari sesuatu yang dapat membawa sinar kebahagiaan dalam hidup aku sekeluarag.....

A TRUE FRIENDS

Thank you friend who is willing to help me when i was in distress and need.
 Nawadays my friend love the look but the understanding may be one in a million.
I will remember until whenever that accurs during aur friendship.my god bless you and 
add a provisi
on for farmily...thank you very much ...YUSRI BIN YA'ACOP

Thursday, December 23, 2010

TINGGAL YANG TERAKHIR...




kepada yang masih berminat untuk memiliki sepatu kayu,saiz yang ada sangat terhad...!rimbabarapi hanya akan mengeluarkan barangan baru pada tahun hadapan..

 Those who still wish to have the WOODEN SHOES,there are very limited in size...!RIMBABARAPI will issue new products next year...

Akhirnya..tertengkap jua....

pemandangan sungai di waktu siang
Pada malam itu aku dan 2 adik lelaki aku harman dan hamdan memancing di bawah jambatan di kampung tercinta...tempat dimana kami menimba ilmu cara-cara pengangkapan mahluk yang tinggal didalam AIR..seperti biasa malam itu diterangi cahaya samar bulan yang separuh penuh,kami bertiga berbual sambil mata tertumpu kepda batang joran masing-masing .sesekali ada rentapan yang dilakukan oleh ikan kecil.Geram juga bila terkena kejutan begitu..Tiba-tiba joran hamdan di rentap kuat.Apalagi..hamdan bingkas bangun mencapai joran yang hampir terbang ke dalam sungai.kami gembira kerana hasil tangkapan yang akan kami dapat sebentar nanti agak besar.Gembira bukan kerana apa.Aku gembira kerana inilah umpan TAPA pertama yang aku buat sendiri menggenai ikan yang besar.Hampir beberapa minit,dari samar-samar cahaya bulan kelihatan kelibat sang BAUNG hampir 1kg beratnya.Kemudian seekor LAMPAM juga dinaikan pun hampir 1kg..Malam itu memang menyeronokan kerana ikan besar-besar belaka.Menurut hamdan adik lelaki yang ke3,sudah lama orang tidak memancing di sungai tersebut kerana menurut mereka sudah tiada ikan lagi.Yang tinggal pun hanya anak-anak ikan bersaiz kecil sahaja..Tetapi malam itu hanya kami 3 beradik yang tahu masih ada penghuni yang besar tinggal di dasar sungai tersebut.
tertangkap jua siPenunggu.
     Lamunan terhenti apabila terdengar ngomelan Harman yang meggatakan joranya tidak henti-henti di ganggu.Rentapan sang penunggu sangat kuat.Aku sendiri hairan,apakah mahluk yang makan sebegitu rupa.Rakus.Tapi hanya sekali dua.kemudian senyap.Geram adikku terus di rentap jorang bila sipengunggu menggangu umpan lagi.Terlepas!begitulah terus-menerus terjadinya..kata adikku,kali ini nekat.berhenjut walaupun sedikit,memang direntap sekuat hati biar tercabut bibir si penunggu itu.Keluhnya marah...Tiba-tiba joran harman dipermainkan lagi dan tampa banyak bicara setangkas koboi harman merentap!zreeettttt!!!! terdengar bunyi kelili berdesing kuat seperti ada yang tersangkut pada mata kailnya.Ada ke man tanya Hamdan...Harman yang terdiam menarik nafas lega.Ada.Katanya pendek..nampak ada tentangan tetapi tidak terlalu kuat.Tetapi sekali ia melawan boleh tahan juga kuatnya.Tali di gulung pentas,dari jauh terlihat suatu kelibat yang timbul dari permukaan air...laa..UDANG GALAH rupanya...besar woo..saiz jomboo...sepit udang tu pun dah berlumut.Tua betul Udang nie...ha..ha...kami puas sebab akhirnya terjawap jua siapa punya angkara...Aku pernah dengar sungai tempat aku ada udang.Tetapi sejauh mana kebenaran sehingga malam itu terungkai kebenaranya...

Wednesday, December 22, 2010

HAI..GUY'S...!

You are willing to look at my blogs.I say thank you because you are willing to share information with me and maybe we can exchange view on the future...

APA SUDAH TERJADI.....

pemandu berhemah..allyia mysara.
Dimana silap dan apa yang sudah terjadi sekarang memang sukar untuk dijangka.Hari-hari didada akbar ada saja kemalangan yang banyak melibatkan kematian.Hari-hari orang mati kena langgar atau dilanggar.Kenapa?menggapa?mana silapnya..?adakah ini kurangnya tumpuan ataupun kemahiran dengan selok belok pemanduan atau sikap mementingkan diri sendiri.Mungkin juga kenderaan terlalu banyak di atas jalan raya ketika ini.Sikap tergesa-gesa segelintir pemandu sedikit sabanyak mengundang musibah tersebut.Yang peliknya,bila terjadi sesuatu bencana,banyaklah jari yang mununding mencari salah orang lain...lumrah dunia agaknya...dan yang menghairankan ianya bagaikan suatu treand atau musim.Jika membabitkan Bas,boleh dikatakan ada saja yang melibatkan bas sepanjang tempoh tertentu,Jika motosika,motosikal sahaja...sekarang musim kemalangan yang melibatkan kenderaan berat menggilis orang...mati di gilis...Nauzubillahhh...kepada anda yang memandu kenderaan kecil,berhati-hati semasa melintasi kenderaan yang lebih besar.ingat orang-orang yang tersayang..Kepada yang memandu kenderaan besar,tumpukan perhatian,bertimbang rasa kepada kenderaan yang kecil...masing-masing ada keluarga..

BAHAGIANYA BERKONGSI HOBI...

Ntah dimana bermulanya perubahan sikap isteri yang dulu langsung tidak meminati aktiviti memancing.Ini kerana hobi yang dikatakan mengguji sifat kesabaran seseorang.Lagi pula dengan keadaan cuaca yang tidak menentu kadang-kala membuatkan seseorang itu menggalah untuk meneruskan hobi tersebut.Aku yang pada mula hanya menggajak isteri  untuk menemani aku menjadi teman berbicara membuatkan isteri ku gian untuk manarik ikan yang menggenai joran.Dan akhirnya hobi tersebut telah beralih kepada si isteri yang seringkali menggajak aku pergi memancing.Sekarang aku yang menjadi teman setianya setiap kali kami turun memancing.Pernah suatu ketika aku bagaikan kuli yang mana pada malam tersebut joran isteri tidak hanti-henti di remtap ikan yang kelaparan.Aku bertanggungjawap membuka ikan dari mata kail dan memasang umpan untuk isteri..Wah!penat sungguh rasanya...Paling menyeronokan ialah apabila joran isteri terkena ikan patin hampir 8kg beratnya..melihat gelagat isteri bertarung dangan ikan,memang melucukan.Hampir terbang joran ke dalam kolam kerana si ikan tidak mahu menggalah..Suatau kepuasan yang tidak terhingga apabila seseorang dapat menaikan ikan yang besar.


azie bersama patin 8kg

ikan bulus di kuala teringganu
  Dan sehingga sekarang hobi bari isteri itu yang membuatkan hidup aku lebih gembira kerana ia boleh dilakukan bersama-sama anak-anak yang juga meminati hobi yang sama.Dan pada hujung minggu tidak kira sebelah pagi atau petang,kami akan pergi memancing...

Tuesday, December 21, 2010


Sedar tak sedar dah masuk penghujung tahun 2010.sekejap je masa berlalu...tahun 2009 orang tersayang yang membesarkan dan bertanggungjawab memberi aku didikan telah pergi buat selamanya..rasa terngiang-ngiang di telinga suara abah bergurau senda dengan kami sekeluarga...Arwah Abah ada berpesan kepada kawan yang menggubat beliau sewaktu sakit supaya melihat dan membantu aku sekiranya ada masalah..Tengku Halim atau Ayahngku panggilan dari orang-orang yang mesra dengannya....selepas pemergian arwah abah,ayahngku adalah tempat aku mengadu dan beliau banyak membantu kami sekeluarga...Pada 16.12.2010 aku di kejutkan dengan satu panggilan dr kampung yang ayahngku telah pergi buat selamanya....Ya ALLAH...kuatkn lah semangat hambamu ini....

Friday, November 19, 2010

Allyia Mysara
Salam penghargaan kepada kalian yang sudi melawat ke Blog nie...kalau le ada yang berkenan untuk memiliki sepasang kasut harga seperti yang tertera pada gambar dibawah..jika ingin memiliki lebih dari satu,harga boleh di runding lagi.So kalau nk harga lebih rendah,engkorang bepakat-pakat la dengan kawan-kawan ke,sedara-mara ke...atau pun yang berhajat nak memulakan perniagaan sendiri secara sambilan...
Nornajjiha shuhada dan Mohd Ashraff
    Lagi satu yang best kepada yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur,penghantaran terus di depan pintu rumah,opis dan pintu gate anda.Kalau kawasan selangor tengok kawasan ler...kena yang jauh macam sepang ke,semenyeh ke..benanah buntut gak...baik bagi Abg posmen jer kan...ada gak kerja diorang...kalau yang luar kawasan tu...her..her..!! Paham-paham je la kan..Macam biasa la melalui Perkhidmatan Pos Malaysia...

Bukan kasut jer..niehaa..pedang Simutar Hitam kurun ke 20...
Teruja sungguh akak niekan!

Add caption



Nie antara koleksi yang dapat di muatkan...banyak lagi yang sebenarnye
ada tersimpan di rak-rak kasut.Tak larat nak ambil gambar-gambar kasut nie...tetapi insyaallah...gambar-gambar baru akan dimuatkan kemudian masa.
   Apa kata kepada yang berminat untuk memiliki kasut kayu nie,hujung tahun kita buat perjumpaan kat mana-mana buat aktiviti ke,sukan atau games tahunan...haa..haa..kita main baling kasut.Games kampung beb!Baling tin susu ker..pakai yang 4segi tu..prgehhh!!!!kalau kena kepala...tak ingattt!!

Thursday, November 18, 2010

Add caption


Saiz(S,M,L)
RM65.90




cuba tengok betul-betul...betul la kasut kayu
sempoi jer lukisan die...kaler  kayu pun agak gelap sikitkan.
saiz(S,M,L)
RM65.90




Haa...sekali  tengok macam kek lapis serawak dah.Jangan ada yang gigit plak...
nie memang design kayu die kot.lawa uu
Saiz(S,M,L)
RM49.90





kepada yang suka corak kayu,nie haa..bukan cat tu,orang kata alor kayu,
macam teras tengah kayu tu..cuma lukisan tu je...
Saiz(S,M,L)
RM35.90

Huu..huu...Terima kasih le kepada engkorang-engkorang yg sudi nengok Koleksi aku dari RIMBABARAPI nie.Banyak lagi yg tak dapat aku muatkan dalam ruangan rimbabarapi kerana waktu sangat terhad...kepada yang meminati kasut kayu nie aku nk bagitau kat engkorang semua yang bahagian atas tu,entah ape ke namanye..ada yang kata pelapik atas,ada yang kata ribbon, ala yang ada bunga-bunga tu laa...hah!benda tu 
boleh pilih. boleh tukar-tukar maaa...nanti kalau ada masa aku editkan gambar dalam Rimbabarapi nie.Engkorang pilih le..Mesti ada yg kurang paham kan!!Contoh nye cam nie..engkorang suka satu kasut kayukan,tapi tak suka ribbon pasal ada bunga tejojol besar sangat..nk yang ada labuci atau manik-manik berkilat,so kita pasangkan.jadi engkorang dapat ler kasut kayu yang lebih kretif dari orang lain....
    






hoo...meriahnye kaler nie weyy...lukisan pun cantik.
kalau sayang boleh buat pakai kt opis jer...
Saiz(S,M,L)
RM35.90



Add caption

Yang hitam menawan nie atas tu bukan lukisan,tapi
hasil kretiviti dari cengkerang laut...peh!bekilat-kilat..
Saiz(S,M,L)
RM39.90





Kasut niekan...menarik terutama dari lukisan tangan 
lagi satu semuanye ringan jer...
Saiz(S,M,L)
RM65.90

yang lebih santai




Nie pun cantik gak..macam sayang nk pakai,putih plak tu...lukisan tangan lagi..keeelesss ko!
Stok tak banyak,kepada yang berkenan segera la menghubungi saya.

                                                        Saiz(S,M,L)
                                                         RM35.90
                                                      stok terhad!!