CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, April 13, 2011

Greenway Pulau Ketam(Kelang)



 SERONOK MELAYAN IKAN-IKAN BERSAIZ KECIL DENGAN BERUMPANKAN ISI UDANG KOPEK.
 RUGI SAPA YANG TAK PERGI DI TAMPAT MACAM NIE




 ANTARA KENALAN YANG BERKONGSI SAMA HOBI.TETAPI MEREKA INI ADALAH PEMANCING AMATUR YANG SUDAH BIASA DENGAN HASIL LAUT.
 INI BUKAN SANGKAR IKAN,TETAPI PETAK INI HANYA UNTUK LALUAN PEMANCING MEMILIH LOKASI YANG SESUAI.
 HALUS...HALUS...JANGAN MARAH YE BANG.
 MAK NGAN ANAK YANG SENTIASA MELARAM


 NIE SENYUMAN KERAPU NAMANYA...
MELIHAT KELUASAN TAMPAT MEMANCING INI TIDAK MENHALANG ANDA UNTUK MEMANCING DIMANA SAHAJA.MALAH DINGDING LANTAI JUGA DI TEBUK UNTUK KEMUDAHAN PEMANCING.



 PERJALAN DARI PULAU KETAM MENUJU KE GREENWAY DENGAN MENAIKI BOT NELAYAN
 DISINI TEMPAT UNTUK MENDAPATKAN UMPAN MEMANCING BAGI YANG TIDAK SEMPAT MEMBELI DARI LUAR.
 TANGKAP LENTOK ASHRAFF BILA NAIK BOT.TENGOK  PERMANDANGAN HUTAN BAKAU YANG MENGHIJAU MENJADI TEMPAT YANG SESUAI UNTUK PELBAGAI HABITAT BURUNG MEMBIAK.
 PISS...!
 HALLO...KENGKAWAN..I TENGAH NAIK BOT MENUJU KE TEMPAT MEMANCING NIE..BEST KO...
LAMBATNYE LA NAK SAMPAI.TAK SABAR NIE NAK MEMANCING.BAGI AKU BAWAK JE BOT NIE..

Monday, April 11, 2011

Greenway Pulau Ketam(Kelang)

 Hai...Kali ini rimbabarapi ingin berkongsi dengan anda percutian kami sekeluarga yang baru berlalu pada 9.april.2011 di Greenway yang terletak di Pulau Ketam di Kelang.Pada mulanya rancangan kami ialah ingin pergi bercuti di luar kawasan Selangor.tetapi faktor masa dan kos membantutkan misi kami .Setelah hampir seminggu merancang untuk membawa anak-anak,Kami menempah bilik di Greenway dengan diposit serendah rm50.00 sahaja.
   Sedikit menggenai unfo mengenai tempat percutian kami.GREENWAY...tampat yang sesuai untuk anda bersantai terutama kepada yang meminati aktiviti memancing ketegori aksi ringan.Selain itu tempat pengginapan juga selasa dangan 2 katil saiz Quen saiz cukup untuk 5 hingga 6 orang.tempat memasak juga disediakan termasuk air bersih untuk kegunaan harian.Keselamatan di sini juga terjamin kerana struktur binaan yang sangat kukuh dan kemas.Greenway yang terletak di tengah muara air laut yang dikelilingngi pepohon bakau yang menjadi tempat yang subur untuk pembiakan pelbagai jenis spesis ikan yang menjadi buruan bagi kaki pancing.Antara spesis yang sedia bertarung tenaga dengan anda ialah siakap,kerapu,kerapu naga atau merah,kertang,senangin,jenahak,pari dan banyak lagi dengan saiz yang besar.Bagi yang suka dengan aksi santai untuk berseronok boleh juga memancing gelama,bulus,belanak dengan mata kail bersaiz kecil berumpankan isi udang atau umpun-umpun.Anda boleh memilih lokasi yang anda rasa sesuai kerana di Greenway anda boleh menyelit dimana-mana sudut yang anda suka.

Jeti Port Kelang menuju ke Pulau Ketam

Kawasan parking berbayar yang selamat
Kuanter Tiket sementara boleh di beli untuk 2 hala sekali kerana tiket ini tiada tarikh liput.
Rupa bentuk Feri yang membawa penumpang ke Pilau ketam.Anda juga tidak perlu risau  kerana feri ini sentiasa beroperasi setiap setengah jam

Haaa...pertama kali naik feri...terus kena strok.

pemandangan dalam feri.kira selesa juga macam naik bus.ada air cond ngan tv LCD lagi.
     Berbalik tentang perjalanan kami dari Kuala Lumpur yang mengambil masa kira-kira satu jam perjalanan.Kami tiba di Perlabuhan Kelang dan terus ke Jeti Pulau Ketam.selepas meletakan kereta berdepan dengan Balai Polis,kami menuju ke Jeti dengan keperluan kami selama 2 hari 1 malam di Greenway.Sambil berjalan menuju ke jeti untuk membeli tiket,aku disapa oleh seorang lelaki indon."mau ke mana pak''.soalnya.''sana mau ke Indonesia,kalau mau ke Pulau Ketam,sebelah sana pak''.Sambil menunding jari kesuatu bengungan bari yang 90% siap dibina.Terasa malu juga,maklumlah pertama kali aku menjejakan kaki ke Pulau Ketam walaupun sebelum ini hampir 10 tahun aku berulang-alik dari Petaling Jaya ke Kelang atas urusan kerja.Kemudian aku terpaksa mengambil semula kereta kerana berhampiran Jeti Pulau Ketam tersedia parking bagi sesiapa yang pergi lebih dari 1hari dengan harga rm6.oo untuk 2 hari.Di jeti itu kelihatan sangat sibuk terutama pada musim percutian kerana banyak orang bercuti yang datang melawat atau makan angin di Pulau Ketam.Kuanter Tiket juga masih menggunakan meja lipat kerana keada disitu masih belum siap sepenuhnya.Untuk perjalanan ke Pulau Ketam,tiket boleh di beli sama ada di kuanter atau di dalam feri.Tiket juga boleh dibeli untuk 2 hala dan tiada tarikh luput.Harga juga sangat berpatutan untuk perjalanan selama 30 minit hanya rm7.oo untuk dewasa dan rm4.oo untuk kanak-kanak bawak 12 tahun.Perjalanan  ke Pulau ketam dengan feri yang berhawa dingin juga tidak membosankan kerana mata disaji dengan permandangan bot-bot dan kapal-kapal besar yang berada di kiri dan kanan.Keindahan hutan bakau juga sangat mempersona dengan kelibat burung dari spesis bangau.Untuk pengetahuan anda terdapat banyak pulau di sekeliling pulau ketam dengan nama lain.Antaranya pulau lima.Semakin hampir dengan destinasi,kelihatan banyak sangkar ikan yang di bina diatas permukaan laut dan ini sekaligus manarik perhatian ikan lain untuk datang kerana banyak makanan yang berlebihan dari sangkar menjadi habuan kepada ikan liar.Terdapat juga penternak tiram kelihatan di celah-celah longokan sangkar ikan.
 Perjalanan dari Jeti menuju ke Greenway dengan bot nelayan  memang suatu
penggalaman baru buat anak-anak.

Hallo...i di laut cina selatan nie...

Tempat membeli umpan.tetapi hanya udang beku.

suasana dalam bilik
Laluan ke bilik 2 tingkat.


Mendaratkan jenahak
Melihat telatah anak-anak bergurau sesama sendiri.
    Setibanya kami diJeti Pulau Ketam.bot yang akan membawa kami ke Greenway telah menanti.Vincent adalah orang yang bertanggungjawab mengatur perjalanan kami.Kami bertolak setelah segala urusan diJeti selesai.Dengan bot kayu atau bot nelayan suatu penggalaman pertama buat isteri dan anak-anak menaiki bot menuju ketengah laut.Perjalanan yang mengambil masa kira-kira 20 minit perjalanan memang seronok bila terjumpa bot-bot kecil yang sedang memancing.Bagaikan tercabar rasanya diri.Perjalanan terasa jauh sekali.Tidak sabar untuk melabuhkan mata kail untuk menduga ikan di sini.Setelah sampai di Greenway,ternyata ianya suatu yang tidak mengecewakan kerana lokasi yang memang menjadi habitat ikan dan juga tempat pengginapan yang begitu selesa.Tetapi pada yang kaki pancing,soal tempat tidur bukanlah suatu isu.Pemancig sejati dimana pun mereka boleh tidur jika mengantuk.Setelah mendaftar masuk,yang pertama melihat bilik untuk menyimpan barang.Utamakan keluarga dan keselesaan keluarga dahulu.Dengan 2 katil bersaiz besar,sangat selesa sangat cuma tiada bekalan elektrik pada waktu siang kerana disini mereka menggunakan jenoretor yang akan dihidupkan pada sebelah petang sekitar jam 7.oo malam.Disini juga disediakan dapur untuk tetamu memasak.Jadi kepada anda yang ingin bermalam disini pastikan membawa bekalan yang mencukupi.Bagi mereka yang pandai memasak bolehlah membawa bekalan basah.Dengar seperti leceh nak kena memasak,tetapi ini penggalaman yang paling berharga kerana setiap hasil tangkapan boleh dimasak terus.Lagi pula sambil memasak anda juga boleh melabuhkan joran atau koyan berhampiran dapur memasak.Dengar kata orang yang biasa memancing disini,di kawasan dapur ini adalah lubuk siakap naga atau siakap merah yang tinggi nilainya di pasaran.Dengan hanya berumpankan hirisan kembung dan nantikan umpan anda direntep.Sewaktu aku sedang bersiap dengan alatan memancing,terlihat aku seorang lelaki cina menaikkan seekor jenahak yang bersaiz sedarhana.Wahh...!terasa iri hati juga.Anak aku yang lelaki terus menyiapkan jorannya.Kelihata dia semakin biasa dengan aktiviti ini.Aku hanya memerhatikan gelagat anak aku yang debab ini menyiapkan jorannya.Sempurna sekali.Jika aku pergi memancing dengan anak lelaki aku  yang debab nie,jarang sekali hampa.Pasti ada saja hasil yang diperolehinya.Jadi dipendekan cerita pada hari pertama itu,aktiviti kami  hanya memancing.Si kakak dengan Novel sambil bermain dngan anak aku yang bongsu,si isteri menemani aku memancing berhanpiran bilik. petang itu,banyak juga hasil tangkapan yang kecil-kecil sahaja kerana pada hari itu arus laut agak deras berikutan hujan lebat di kelang.Tanpa di duga koyan yang dipasang oleh isteri aku telah menganai seekor jenahak.Semakin bersemangat kami pada hari itu.Beberapa orang lelaki berbangsa cina di sebelah hujung sana telah manaikkan beberapa ekor siakap.Dan sepasang suami isteri di bahagian belakang lebih seronok melayang ikan gelama.Hampir penuh tong ikan mereka.Dengan berbekalkan 8 batang joran berumpankan isi udang,tidak menang tangan memasang umpan bila bersilih ganti menukar joran.

 Ntah apa nama nya ikan nie.ada yang kata telinga gajah.Nak cakap,ikan nie nampak je macam nie.tapi sedap isinya.lemaknya...
 menggunakan koyan dangan kos yang paling murah.
tali rm2.80 dan koyan pula rm1.00 di beli di kedai alat memancing di jalan pudu.
belakang bilik pun layan gak.


Sampai 2 joran sekali.

sebahagian pengunjung sedang bebincang menganai trip akan datang.
  Untuk makluman pemancing yang mungkin berminat untuk menduga ikan di Greenway,umpan yang sesuai ialah ikan kembung dan udang kopek(udang kertas).Kenalan kami begitu sayang sekali apabila rentapan pada joran dengan perambut 80 paun berumpankan saki baki kepala kembung putus dengan sekali rentap.Bayangkan berapa kilo ikan yang ada di dasar laut ini.Walaupun joran orang lain yang direntap,ternyata semua yang berada berdekatan  dan melihat kejadian itu begitu kecewa.
 Pada aku sekeluarga percutian kali memang lain dari sebelumnya.Anak-anak juga gembira dengan aktiviti masing-masing.Pada sebelah malamnya aktiviti ini diteruskan sampai lewat pagi,Yang mana mengantuk boleh lah masuk bilik untuk tidur,dan aku juga terpaksa mengalah dan tidur sekitar jam 4.oo pagi.
 Pada hari kedua selepas serapan pada pagi itu,kami menyambung memancing dengan saki-baki umpan yang ada.Kalau di ikutkan,kami akan pulang pada sebelah petang pada pukul 4.oo petang,akibat kehabisan umpan dan alatan memancing,kami mengambil keputusan pulang pada pukul 1.00 tengah hari itu juga.Aku sekeluarga telah berjanji akan datang lagi ke Greenway pada trip yang akan datang dengan bekalan yang secukupnya.

Tuesday, April 5, 2011

SAKA PENUNGGU RUMAH

Perjalanan menuju ke Kuala Selangor sangat terik.Syam Melihat anak-anaknya Najiha,Ashraff dan anak manjanya Allyia lena tertidur dibelakang kereta manakala Tini isteri Syam sedang asyik memerhatikan permandangan luar yang panas di bakar matahari."lain macam panasnya ye bang"kata Tini setelah lama tidak bersuara."Emmm...ye.."jawab Syam ringkas.Pekena air kelapa best gak kan".sapa syam kepada isterinya.Alang-alang dah nak sampai nie,kita terus makan kat rumah jamal saja lah.jawap Tini.Hari itu Syam sekekuarga ke Tanjung Karang kerana ada majlis perkahwinan saudara sebelah isteri Syam.Keluarga pengantin adalah adik kepada mak mertua Syam.Kalau nak di ikutkan hati,memang malas rasanya ingin pergi kerana bebanan kerja di kota memerlukan rehat pada hujung minggu.Tetapi apakan daya.Hati isteri,mertua kena jaga.Dulu sewaktu Syam berkahwin,Keluarga Jamal juga turut datang malah membantu dalam hal-hal kenduri.Dari Kuala lumpur ke kuala Selangor mengambil masa lebih kurang satu jam.Itu pun jika jalan tidak sibuk.
   Sampai sahaja di perkarangan rumah pengantin,Syam sekeluarga menjamu selara sambil mendengar lagu selamat pengantin baru yang sinonim di mainkan bila adanya kenduri kahwin.Rupanya telah ramai saudara sebelah isteri Syam yang hadir bagi membantu melancarkan aktiviti pada hari itu.Dikesempatan itu juga Syam gunakan untuk berjumpa saudara mara bertanyakan khabar.Sedang rancak berbual salah seorang saudara meminta tolong Syam pergi kerumah nenek sebelah isteri Syam untuk memanggil saudara dan nenek yang belum sampai kerana menunggu saudara jauh.Maklumlah bila kenduri kahwin begini sudah pasti rumah saudara yang terdekat akan menjadi tempat persinggahan kepada yang datang jauh.Kalau nak berehat boleh juga di rumah nenek,manalah tahu mengantuk berjalan jauh"beritahu saudara Syam.Cantik juga fikir Syam,Lagipun Syam memang sudah biasa dengan rumah nenek sebelah isterinya.Syam pergi mendapatkan isterinya untuk mengajak sekali kerumah nenek tetapi pelawaan Syam ditolak Tini kerana disindir saudara yang mengatakan Syam langsung tidak boleh berenggang dengan Tini.Malu juga Syam.tetapi lantaklah fikirnya.
    Pejalanan ke rumah nenek tidak jauh kira-kira 10 minit sahaja.Semakin hampir Syam bersalisih dengan sebuah kereta.Dijalan yang agak sempit itu sempat Syam menoleh kelibat manusia di dalam kereta.syah!nenek dan saudara sedang menuju kerumah pengantin.Alang-alang Syam sudah hendak sampai,diteruskan juga sehingga sampai kehalaman rumah nenek.Lama juga Syam tidak bertandang kerumah nenek.Keadaan halaman agak suram kerana keadaan nenek yang sudah tua mana mungkin boleh mencantikan halaman yang begitu besar.sesekali pandang terasa meremang juga bulu tengkuk Syam.Lagi pula rumah yang terletak sedikit jauh dari jalan besar.Fikir syam kalau terjadi apa-apa,tidak mungkin ada yang mendengar kalau menjerit sampai terkeluar anak tekak.Turun dari kereta,terus saja Syam menuju ke pintu depan rumah kayu 2 tingkat itu.Melihat pintu yang tidak berkunci terus sahaja Syam memberi salam.Namun tiada yang menjawab.Pelik juga syam bagaimana nenek isterinya boleh meninggalkan rumah tanpa dikunci.Pintu sliding ditarik dan daun pintu di tolak.sekali lagi Syam memberi salam dengan lebih kuat.Tiba-tiba terdengar seperti orang berjalan di tingkat atas.Mungkin ada orang agaknya.Lama syam menunggu namun tiada kelibat orang yang muncul.Dengan selamba syam masuk dan melihat dari tangga yang menuju ke tingkat atas.Suasana ternyata sepi.Mungkin kucing agaknya.Syam kembali kepintu sambil menarik sliding tanpa menutup pintu.Biarlah pintu terbuka.ada juga angin yang masuk.Tanpa berfikir panjang Syam melabuhkan badan diatas sofa untuk melelapkan mata sekejap.Teringat juga pesan orang tua-tua.Rumah lama jangan buat main.kalau boleh minta kebenaran.Manalah tahu ada yang menunggu.Jadi Syam bersuara"Anak cucu nak tumpang tidur sekejap di rumah nenek cucu".Namun tiada apa tindak balas.Bagaikan tidak dapat ditahan mata Syam terus tertutup.baru beberapa minit telinga terdengar seperti orang berjalan.tetapi bukan orang dewasa.Bunyi kenak-kanak berjalan diselang dengan berlari.Kemudian hilang.Syam kembali melelapkan matanya.DUMMM!!!Syam bingkas bangun bila terdengar bunyi hentaman kuat di dinding dapur sebelah kiri rumah itu.Sejenak syam terpaku.Bunyi apakah itu...?jantung Syam agak kencang berdenyut.Kali ini syam terdengar lagi bunyi seperti orang berlari di tingkat atas.Semakin jelas.Dilihatnya lantai rumah ditingkat atas itu.Ternyata bergerak-gerak seprti dipijak orang.terlihat juga debu halus jatuh bertaburan.Bunyi seperti budak berjalan tetapi geraknya seperti orang dewasa.Syam memberanikan diri melihat dari tangga.Ternyata tiada sesiapa di atas.Syam menuju semula ke sofa dengan berbagai soalan dikepala.DUMM!!!terkejut bukan main Syam apabila sekali lagi dinding dihemtam kuat seperti di baling dengan kelapa tua.Lantas dengan berani Syam membuka daun tingkap kaca dan ternyata tiada apa yang jatuh.Pokok kelapa juga tiada dan yang ada hanya pokok kelapa sawit.Itupun jauh dari rumah Kali ini degupan jantung Syam bertambah kuat.Terus saja Syam duduk di sofa sambil bersandar.Bunyi orang berjalan kedengaran lagi.Kali ini lebih kuat..DUUMMMM!!!lagi satu hentaman ditempat yang sama.Dan dengan tiba-tiba pintu sliding terbuka dengan kuat.Fuh!magik fikir Syam.Mana mungkin angin boleh menolak pintu besi.Lagin pula sliding.Tiba-tiba sliding tadi tertutup.Rasa mengantuk Syam terus hilang.Yang tumbul sekarang ialah perasaan takut yang menebal.Syam paham dengan apa yang terjadi.Oklah..cucu keluar.Maafkan cucu kalau menganggu.cucu nak balik ni''.Terus sahaja Syam keluar.Ada yang menjaga rupanya rumah nenek isteri Syam.Mungkin penunggu ini tidak senang dengan kedatangan Syam.Nasib baik Syam adalah cucu menantu bagi keluarga nenek.Jika orang lain,tidak tahu apa akan terjadi.Bukan Syam tidak pernah dengar cerita dari mulut mertuanya yang rumah nenek di kampung itu ada SAKA kepunyaan moyang mereka dahulu.Walaupun sudah beberapa kali cuba untuk dibuang.Semua usaha itu gagal kerana Saka yang mendiami rumah itu datangnya dari Jawa.Ianya ditugaskan untuk menjaga rumah saja.Menurut dari mertua Syam,tiada sesiapa yang diamanahkan untuk menerima Saka itu.Tetapi mungkin ianya akan datang sendiri kepada ahli keluarga yang dirasakan serasi dengannya.Kejadian itu tidak Syam ceritakan kepada sesiapa sehinggalah suatu malam lebih kurang seminggu selepas kejadian itu,Syam memberitahu kepada isterinya.Terkejut Tini dengan apa yang terjadi keatas suaminya.Bila diceritakan kepada mertua syam.Ternyata benar.Sudah lama ianya tidak buat hal.Syam hanya menjawab.Mungkin dia nak bermain dengan Syam agaknya....(ini adalah cerita benar yang berlaku pada tahun 2006 di tanjung karang selamgor)Sejak itu hati syam mula tawar hati untuk datang apatah lagi untuk bermalam si kampung.

KISAH SEORANG ULAMA

   Tersebut al-kisah seorang Ulama yang sedang menaiki pesawat(kapal terbang)yang sedang menuju kesuatu destinasi.sebelum itu ulama ini sudah pun mengambil wuduk(air sembahyang).Tiba-tiba dia terkentut dengan nada yang senyap sekali.Baunye pun antara ada dengan tak de jer.''.Alamak!terkentut pulak''.katanya didalam hati.lalu dia pun berlalu pergi ke tandas yang terletak di hujung pesawat setelah bertanyakan kepada seorang pramugari yang cun melecun di dalam pesawat tersebut.Dengan ruang yang agak sempit,memaksa Ulama tadi membuka pintu bagi membolehkan dia tunduk untuk mengambil wuduk.Gelagat ulama tadi diperhatikan oleh si Pramugari yang cun  melecun tadi.Si Ulama tadi mula dengan memcuci muka,tangan,anak rambut,anak telinga dan yang terakhir sekali kaki.Apabila Ulama tadi mengangkat kaki ke atas sink untuk mencuci kaki,cepat-cepat si Pramugari tadi menegur."encik,sink itu hanya tempat mencuci tangan dan muka sahaja".Si Ulama hanya tersenyum dengan teguran itu."Kenapa saya tidak boleh mencuci kaki?.Ianya bertanya setelah selesai mengambil wuduk.Jawab si pramugari"tempat itu disediakan hanya untuk mencuci muka atau tangan".ulangnya.Untuk kepastian si Ulama bertanya kepada si Pramugari."berapa kali kamu mencuci muka dalam sehari''.Jawab pramugari dengan bangga."saya mencuci muka 2 kali sehari.Si ulama dengan selamba menjawap."Oooo...2 kali sehari...Jadi ini bemakna kaki saya lebih bersih dari wajah kamu kerana saya mencuci 5 kali sehari setiap kali saya mengambil wuduk."jawabnya sambil berlalu.Si pramugari tadi terdiam seketika dengan jawapan si Ulama tadi.Kemudian barulah si Pramugari tadi faham akan maksud yang tersirat dari apa yang disampaikan oleh si Ulama tadi.

Monday, April 4, 2011

percaturan dunia..

Tahun 2011 sehingga sekarang bulan April,banyak kejadian yang pelik berlaku tanpa diduga.Bukannya aku ingat sangat tentang peristiwa yang berlaku sepanjang  awal tahun 2011.Tetapi sehingga sekarang banyak nyawa,harta benda dan bencana alam yang berlaku sejak akhir-akhir ini.
  KEMATIAN
  ada a Peningkatan kadar jenayah di seluruh negara yang melibatkan warga asing juga tinggi.Ini termasuk kes-kes pembunuhan,pergaduhan,ragut dan rompakan.Selain itu faktor kemalangan jalan raya juga di lihat sangat membimbangkan dimana setiap hari di dada akhbar ada sahaja kemalangan yang melibatkan kematian.Semakin kuat kerajaan cuba menangani masaalah ini,ianya makin menjadi-jadi, seolah-olah ianya suatu yang tidak mungkin dapat kita hindari jika pemandu sendiri yang tidak ambil ikhtibar dari kejadian yang berlaku.Walau pun tidak ramai pemandu yang tidak ambil pusing tentang keselamatan di jalan raya,tetapi atas sebab kelakuan mereka orang lain yang menjadi mangsa.Ini belum dikira dengan kes kebakaran rumah atau lot perniagaan,Adakah disebabkan dengan kecuai atau ianya terjadi sendiri.Mustahil juga jika ianya terjadi sendiri kerana jika manusia itu tidak berbuat sesuatu mana mingkin ianya terjadi.Seperti kejadian 3.april.2011 dimana si ibu gagal menyelamatkan anak kecil sehingga mati rentung.Sesuatu yang menyayat hati bila kita mendengarnya.Lebih-lebih lagi si ibu melihat sendiri si anak meraung dalam kebakaran tersebut.Bukan niat penulis mahu menundingkan jari kepada mangsa atas kejadian atau menyalahkan mangsa.Mungkin ini yang dikatakan takdir ilahi.Tetapi mungkin dapat dielakkan jika kita lebih behati-hati dengan keadaan sekeliling terutama bila anak-anak kecil sedang bermain sendirian.Jangan mudah percaya dengan kerenah si kecil dan selalu memantau pegerakan mereka.Dan sebelum kejadian ini satu kejadian dimana cucu pasangan tua ini telah merangkak keluar menuju ke landasan keretapi kerana mengekori datuknya yang berkebun disebelah landasan keretapi.Anak kecil yang baru bertatih itu mati dilanggar sebuah keretapi yang kebetulan lalu tanpa disedari oleh penjaga walaupun hon keretapi telah dibunyikan.Ini kerana pasangan tua itu tidak sedar yang cucu mereka telah keluar begitu jauh.Apa yang menyadihkan dimana tahap kesedaran manusia dengan persekitaran mereka.   Kes bunuh misalnya,bagi kes rompakan.Kenapa harus dibunuh mangsa.Berbaloikah merompak dengan sedikit hasil yang mungkin hanya bertahan sehari dua dengan hasil rompakan mereka.4.april..seorang nenek mati dikelar di leher sehingga mati di depan lif.Hanya anting-anting dan sedikit barangan berharga yang hilang.Adakah ini berbaloi?Sebelum ini seorang nenek warga india mati dibunuh didalam rumah.Tujuan adalah sama.Rompakan.Apa kudrat seorang nenek untuk melawan.Dan seorang gugu wanita berbangsa cina mati di tikam diatas jejantas dengan kes yang sama.Samun atau ragut.Kepada anda diluar sana termasuk penulis sendiri,berhati-hati dan saling meningati kephli keluarga termasuk kawan-kawan bahawa keadaan sekarang bukan sesuatu yang selamat jika kita bersendirian diluar kerana mungkin kita sedang diperhatikan.
   POLITIK DUNIA

Penulis bukan seorang yang arif menggenai hal-hal politik,tetapi dari segi pemerhatian dan sedikit kaji selidik dari sumber yang tidak beberapa  jelas,Kenapa Menteri-menteri sekarang begitu takut dengan pembebasan Anuar Ibrahim iaitu pemimpin Parti Pembangkang.Ada yang kata jika Anuar yang meneraju Negara,Mungkin sesuatu perubahan yang besar akan berlaku.Mungkin juga gejala rasuah yang melibatkan orang kenamaan akan diketahui umum.Jika dilihat sekarang,mana-mana menteri yang meletakan jawatan atau dipecat,pasti ada sesuatu akan terjadi kepada mereka seperti ditahan kerana memiliki aset yang banyak.Sebagai contoh,khirtoyo suatu icon yang sering kita dengar dengan isu tanah dan rumah beliau yang berjuta ringgit.
Berbalik cerita pemimpin politik Anuar yang dituduh meliwat seorang lelaki.Ini adalah tuduhan yang kedua selepas beliau dibebaskan atas tuduhan yang sama.Sedang Anuar berjuang menepis segala tuduhan,penulis lihat banyak orang yang diluar sana terutama mereka yang tidak menyukai Anuar ketawa besar hingga ketelinga melihat kelibat Anuar turun naik mahkamah.Penulis sendiri tidak faham kenapa sesama bangsa,satu negara,satu agama kebanyakannya sanggup menindas seorang yang mempunyai edialogi dalam pembangunan negara,seorang bijakpandai dalam penggurusan kewangan nagara di tuduh sebegitu sekali.Tidak takutkah mereka ini dengan hukuman Tuhan.Apakan ini balasan kepada seseorang yang banyak membantu menaikan imej negara suatu ketika dahulu dazaman pemerintahan Tun Mahadir Mohamad.Baru-baru ini,apabila isu DNA Anuar diperlukan,ramai yang memberontak,mengeluarkan kata-kata kesat mengatakan si Anuar penakut.Dalam kehangatan itu,masyarakat dikejutkan dengan penemuan Rakaman video Sex Anuar bersama seorang pelacur.Tambah hebat lagi pihak polis mengesahkan ketulinan rakaman tersebut.PERSOALANYA..apakah maksud sebenar disebalik semua sandiwara ini.Tiba-tiba isu DNA Anuar sepi.Apakah tujuan mereka yang menadakan rakaman tersebut.Seolah-olah satu jalan cerita yang tiada penghujung.Teka-teki apakah ini?selalu juga penulis terfikir apakah yang akan terjadi kepada Anuar dimasa akan datang.Pada penulis,Jika ditakdirkan Anuar mati,dia akan menjadi seorang lagenda dimana seorang pemimpin ini betul-betul berjuang memegakan keadilan.Mengenai penemuan rakaman tersebut.Kenapa Anuar yang menjadi bahan utama sedangkan pihak tertentu boleh siasat bagaimana rakaman tersebut dibuat,siapa yang melakukan nya,mesti ada dalang disebalik kejadian dan kenapa wanita dalam rakaman tersebut tidak ditangkap dan dihadapkan ke muka penggadilan jika benar sebuah negara islam mengharamkan aktiviti pelacuran.Ini bermakna kita yang menonton juga bersubahat dan turut menyalahkan Anuar melanggan pelacur sedangkan di zaman sekarang banyak teknologi yang canggih  boleh dihasilkan.Penulis juga rasa terharu dengan kesetian isteri Anuar yang sudi mememani suami dalam apa jua keadaan.Penulis tidak pesti siapakah yang benar dalam situasi ini.Mungkin ada sesuatu yang tersirat yang kita semua tidak tahu disebalik kejadian yang menimpa sesetengah pemimpin politik di negara ini.
BENCANA ALAM
Buat masa ini negara masih lagi di tahap yang stabil.Apa yang berlaku dinega luar adalah suatu yang amat membingkan terutama kepada negara malaysia yang kecil dari negara-negara yang lain.Mungkin malaysia terselindung kerana dikelilingi oleh negara luar.Resiko bencana alam yang berlaku mungkin tipis.Tetapi apa yang berlaku di negara matahari baru-baru ini amat menakutkan dan menyedihkah dengan kemusnahan yang berlaku.Dengan kesan radiasi dari kebocoran logi nuklear  yang mungkin akan meragut banyak nyawa.Tambahan pihak japun lebih tertumpu kepada logi nuklear dari mencari mangsa yang tertimbus di sebalik runtuhan.Belum reda di japan,negara lain seperti Manila,Thailand dan Indonesia berlakunya gempa bumi dimana gegarannya terasa juga di Malaysia.Walaupun kurang kematian tetapi keadaan tersebut menyebabkan aktiviti ekonomi lumpuh.Di Thailand pula dilanda dengan banjir yang teruk.malaysia juga tidak terkecuali mungkin suatu hari nanti bencana ini akan sampai juga ke negara ini.Ada benar juga kerana Malaysia dikelilingi negara yang mempunyai bencana alam yang kuat..

Namun segala yang terjadi ini sudah tertulis dimana kita sudah berada di akhir zaman.Tanda-tanda seperti yang telah Allah tetapkan didalam Al-quran semakin jelas.Kita renungkan sendiri setiap kejadian yang berlaku sehingga kini.Tidak guna menunding jari menyalahkan orang lain dengan setiap apa yang berlaku.Jadilah diri sendiri.Cuba menginsafkan diri dari apa yang berlaku diluar sana...