Ni lah anak aku yang sulung,pejam celik dh 13 tahun tempoh perkahwinan aku dan di kurniakan 3 orang anak.2 perempuan dan yang tengah lelaki.Semakin besar anak2,semakin besar cabaran dan kesabaran yang perlu ada dalam diri.hahaha...aku bangga jadi seorang ayah...
Wednesday, December 28, 2011
anugerah Allah..
Ni lah anak aku yang sulung,pejam celik dh 13 tahun tempoh perkahwinan aku dan di kurniakan 3 orang anak.2 perempuan dan yang tengah lelaki.Semakin besar anak2,semakin besar cabaran dan kesabaran yang perlu ada dalam diri.hahaha...aku bangga jadi seorang ayah...
Posted by halil bin halim at 1:16 AM
Wednesday, August 24, 2011
mudah membaca Al-Quran dengan pen digital.
Bismillahirahmanirahim..Alhamdulillah di bulan ramadhan yang mulia ini Rimbabarapi ingin berkongsi sedikit maklumat mengenai sebuah kitab suci Al-quran yang Rimbabarapi perolehi dari seorang hamba Allah yang merupakan seorang pensyarah kolej di Kelana Jaya.
Dizaman sekarang bermacam barangan,alatan,makanan dan minuman berasaskan kesihatan dan bermacam lagi yang berada dipasaran bertujuan mendidik,mengajar dan sesuatu yang memberikan kemudahan kepada kita sebagai manusia yang sentiasa mencari kesempurnaan dalam kehidupan.Sebagai hamba Allah yang kerdil dan tidak tinggi ilmu dalam bidang keagamaan,hanya maklumat luaran menggenai keistimewaan Kitab suci Al-quran ini untuk dikongsikan.
Rimbabarapi tidak nafikan sekarang banyak syarikat yang mengambil peluang menjual Kitab jenis ini di pasaran mahupun secara Online dengan harga diantara Rm300 hingga Rm450 senaskah.Ada juga yang menjual sehingga Rm800 senaskah.Untuk ilmu Allah rimbabarapi tidak mahu membangkitkan isu harga.Ilmu akhirat sebenarnya tidak terbayar jika dibandingkan ilmu dunia.Jadi ada sesetengah yang berkata kenapa fikirkan harga untuk mempelajari dan mendalami ilmu Allah?orang lain sanggup bersusah payah menyimpan wang untuk ke Makkah untuk menunaikan rukun Islam kerana Allah sehingga perpuluhan ribu bayaranya sehinggakan setiap tahun kadar tambang yang dikenakan semakin tinggi.Inikan pula senaskah Al-quran.
Bukan mahu riak,tetapi demi masa depan diri sendiri dan anak-anak,Rimbabarapi membeli senaskah dengan harga Rm490.00.Setelah di belek dan diselidik,ternyata ianya sebuah Al-quran yang hebat kerana dizaman sekarang mungkin ada sesetengah individu yang malu dan tiada masa untuk belajar mengaji dari Guru atau Ustaz kerana faktor usia dan masa.Atau mungkin ada individu yang tahu membaca Al-quran tetapi ingin memperbetulkan dari segi bacaan, panjang pendek,dengung dan haraqat pada setiap baris ayat suci ini.Dan mungkin ada individu yang langsung tidak menggenal ayat atau huruf dan ingin belajar secara sendiri kerana malu tetapi dengan Allah individu ini tidak malu kerana sanggup belajar dengan Al-quran ini.Menggapa Rimbabarapi berkata demikian?hebat sangat saya?
Sebenarnya tidak...Saya tidak sehebat itu...Yang hebat ialah Kitab Al-Quran ini didatangkan dengan tengaga pengajarnya iaitu sebuah Quran Reader Pen yang mampu membaca dan menterjemah setiap baris ayat dengan begitu baik dan jelas sekali.Kita boleh memilih enam Qari terkenal seperti imam Maher Maekli,Alsudaes,Alhuthaitfi,Albaset,Ghamidi dan Menshavi.Terdapat perbezaan diantara prodak yang lain kerana ianya lengkap dengan surah Muqadam,bacaan dalam sembahyang,doa pilihan dan surah lazim.Jadi apa yang anda perlu lakukan ialah menyentuh kepala surah dan pen ini akan membaca seluruh muka surat yang disentuh nombornya.Selain itu fungsi pen ini ialah ianya mampu merekodkan pembacaan sendiri kerana ianya di datangkan dengan 4 GB memori dan boleh ditambah dengan slot memori yang disediakan.Pen ini juga dilengkapi speaker yang bermutu tinggi serta didatangkan dengan terjemahan dalam beberapa bahasa.Terjemahan sekarang dalam bahasa melayu dan inglish.Selain itu pen ini lengkap dengan bateri lithinium bina-dalam dan pengecaj bateri sama seperti hand phone.Alat pendengar disertakan bersama bagi memudahkan anda mendengar ketika berada di tempat awam ataupun didalam kenderaan awam.
Rupa bentuk Quran reader Pen. |
Set lengkap Digital Quran reader pen. |
Mungkin ada diantara anda yang membaca artikel ni tertanya-tanya sama ada adakah set ini mendapat kelulusan dari pihak Jabatan Agama Islam.Jawapannya ianya telah mendapat kelulusan dari Ahli jawatankuasa penyemakan dan penilaian teks Al-Quran(lajnah tasheh Al-quran)kementerian dalam negeri dengan nombor dan cop kelulusan KDN:PQ/Q.1001/1.2/QA/331/15/2011 dan telah di semak oleh 25 orang Ustaz di jabatan tersebut.Selain itu set ini juga di berikan jaminan kerosakan teknikal selama 1 tahun.Bagi rimbabarapi kesempurnaan dan kemasan juga yang mendorong untuk Rimbabarapi memiliki Al-Quran ini dengan kotak yang cantik memudahkan untuk kita menyimpannya.Set Al-quran ini juga sesuai dijadikan sebagai Hadiah buat rakan-rakan,ahli keluarga atau pasangan yang ingin membina masjid.Pada Rimbabarapi set ini adalah yang terbaik dan setakat ini sahaja yang boleh di kongsikan bersama anda yang melawat Blog Rimbabarapi ini.Kepada anda yang mungkin ingin memiliki set ini boleh hubungi saya melalui hand phone :016 6063638 atau FB di ed_halil@yahoo.com untuk mendapatkan maklumat bagaimana untuk memilikinya.Assalamualaikum...
Posted by halil bin halim at 3:39 AM
Tuesday, May 10, 2011
memancing di jambatan pulau indah(WEST PORT) kelang.
Minggu lalu 1.may.2011 aku berkerja..pergghh!!!...merana jiwa batin aku..Bayangkan dari sabtu,ahad dan isnin kena kerja pada cuti hari buruh.hari tersebut company aku ada lounch rumah baru di banting kelang.seronok memang la seronok kerana ada makan-makan.Lepastu aku jalan-jalan di jusco bukit tinggi kelang.Tetiba aku teringat yang aku sangat hampir dengan pulau indah atau west port.Bukan pasal banyak kapal ke hape ke..dulu aku pernah memancing kt sana dengan member aku.kat jambatan pulau indah.Seronogak melayan gelama,duri,ketuka dan kalau nasib baik dapat gak hasil yang lumayan.Jadi aku pun pergi ketempat tu kot-kot masih macam dulu.
tangga untuk naik ke laluan |
laluan di bawah jambatan menuju ke setiap tiang |
Haa..nie la rupa di setiap tiang.pilih mana satu tempat yang sesuai |
gelama yang pertama |
gelama yang kedua |
Tambah kapsyen |
Posted by halil bin halim at 9:15 PM
Wednesday, April 13, 2011
Greenway Pulau Ketam(Kelang)
SERONOK MELAYAN IKAN-IKAN BERSAIZ KECIL DENGAN BERUMPANKAN ISI UDANG KOPEK.
RUGI SAPA YANG TAK PERGI DI TAMPAT MACAM NIE
ANTARA KENALAN YANG BERKONGSI SAMA HOBI.TETAPI MEREKA INI ADALAH PEMANCING AMATUR YANG SUDAH BIASA DENGAN HASIL LAUT.
INI BUKAN SANGKAR IKAN,TETAPI PETAK INI HANYA UNTUK LALUAN PEMANCING MEMILIH LOKASI YANG SESUAI.
HALUS...HALUS...JANGAN MARAH YE BANG.
MAK NGAN ANAK YANG SENTIASA MELARAM
NIE SENYUMAN KERAPU NAMANYA...
MELIHAT KELUASAN TAMPAT MEMANCING INI TIDAK MENHALANG ANDA UNTUK MEMANCING DIMANA SAHAJA.MALAH DINGDING LANTAI JUGA DI TEBUK UNTUK KEMUDAHAN PEMANCING. |
Posted by halil bin halim at 2:57 AM
DISINI TEMPAT UNTUK MENDAPATKAN UMPAN MEMANCING BAGI YANG TIDAK SEMPAT MEMBELI DARI LUAR.
TANGKAP LENTOK ASHRAFF BILA NAIK BOT.TENGOK PERMANDANGAN HUTAN BAKAU YANG MENGHIJAU MENJADI TEMPAT YANG SESUAI UNTUK PELBAGAI HABITAT BURUNG MEMBIAK.
PISS...!
HALLO...KENGKAWAN..I TENGAH NAIK BOT MENUJU KE TEMPAT MEMANCING NIE..BEST KO...
LAMBATNYE LA NAK SAMPAI.TAK SABAR NIE NAK MEMANCING.BAGI AKU BAWAK JE BOT NIE..
Posted by halil bin halim at 2:36 AM
Monday, April 11, 2011
Greenway Pulau Ketam(Kelang)
Hai...Kali ini rimbabarapi ingin berkongsi dengan anda percutian kami sekeluarga yang baru berlalu pada 9.april.2011 di Greenway yang terletak di Pulau Ketam di Kelang.Pada mulanya rancangan kami ialah ingin pergi bercuti di luar kawasan Selangor.tetapi faktor masa dan kos membantutkan misi kami .Setelah hampir seminggu merancang untuk membawa anak-anak,Kami menempah bilik di Greenway dengan diposit serendah rm50.00 sahaja.
Sedikit menggenai unfo mengenai tempat percutian kami.GREENWAY...tampat yang sesuai untuk anda bersantai terutama kepada yang meminati aktiviti memancing ketegori aksi ringan.Selain itu tempat pengginapan juga selasa dangan 2 katil saiz Quen saiz cukup untuk 5 hingga 6 orang.tempat memasak juga disediakan termasuk air bersih untuk kegunaan harian.Keselamatan di sini juga terjamin kerana struktur binaan yang sangat kukuh dan kemas.Greenway yang terletak di tengah muara air laut yang dikelilingngi pepohon bakau yang menjadi tempat yang subur untuk pembiakan pelbagai jenis spesis ikan yang menjadi buruan bagi kaki pancing.Antara spesis yang sedia bertarung tenaga dengan anda ialah siakap,kerapu,kerapu naga atau merah,kertang,senangin,jenahak,pari dan banyak lagi dengan saiz yang besar.Bagi yang suka dengan aksi santai untuk berseronok boleh juga memancing gelama,bulus,belanak dengan mata kail bersaiz kecil berumpankan isi udang atau umpun-umpun.Anda boleh memilih lokasi yang anda rasa sesuai kerana di Greenway anda boleh menyelit dimana-mana sudut yang anda suka.
Jeti Port Kelang menuju ke Pulau Ketam |
Kawasan parking berbayar yang selamat |
Kuanter Tiket sementara boleh di beli untuk 2 hala sekali kerana tiket ini tiada tarikh liput. |
Rupa bentuk Feri yang membawa penumpang ke Pilau ketam.Anda juga tidak perlu risau kerana feri ini sentiasa beroperasi setiap setengah jam |
Haaa...pertama kali naik feri...terus kena strok. |
pemandangan dalam feri.kira selesa juga macam naik bus.ada air cond ngan tv LCD lagi. |
Perjalanan dari Jeti menuju ke Greenway dengan bot nelayan memang suatu
penggalaman baru buat anak-anak.
Hallo...i di laut cina selatan nie... |
Tempat membeli umpan.tetapi hanya udang beku. |
suasana dalam bilik |
Laluan ke bilik 2 tingkat. |
Mendaratkan jenahak |
Melihat telatah anak-anak bergurau sesama sendiri. |
Ntah apa nama nya ikan nie.ada yang kata telinga gajah.Nak cakap,ikan nie nampak je macam nie.tapi sedap isinya.lemaknya...
belakang bilik pun layan gak. |
Sampai 2 joran sekali. |
sebahagian pengunjung sedang bebincang menganai trip akan datang. |
Pada aku sekeluarga percutian kali memang lain dari sebelumnya.Anak-anak juga gembira dengan aktiviti masing-masing.Pada sebelah malamnya aktiviti ini diteruskan sampai lewat pagi,Yang mana mengantuk boleh lah masuk bilik untuk tidur,dan aku juga terpaksa mengalah dan tidur sekitar jam 4.oo pagi.
Pada hari kedua selepas serapan pada pagi itu,kami menyambung memancing dengan saki-baki umpan yang ada.Kalau di ikutkan,kami akan pulang pada sebelah petang pada pukul 4.oo petang,akibat kehabisan umpan dan alatan memancing,kami mengambil keputusan pulang pada pukul 1.00 tengah hari itu juga.Aku sekeluarga telah berjanji akan datang lagi ke Greenway pada trip yang akan datang dengan bekalan yang secukupnya.
Posted by halil bin halim at 3:15 AM