CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, May 10, 2011

memancing di jambatan pulau indah(WEST PORT) kelang.

Minggu lalu 1.may.2011 aku berkerja..pergghh!!!...merana jiwa batin aku..Bayangkan dari sabtu,ahad dan isnin kena kerja pada cuti hari buruh.hari tersebut company aku ada lounch rumah baru di banting kelang.seronok memang la seronok kerana ada makan-makan.Lepastu aku jalan-jalan di jusco bukit tinggi kelang.Tetiba aku teringat yang aku sangat hampir dengan pulau indah atau west port.Bukan pasal banyak kapal ke hape ke..dulu aku pernah memancing kt sana dengan member aku.kat jambatan pulau indah.Seronogak melayan gelama,duri,ketuka dan kalau nasib baik dapat gak hasil yang lumayan.Jadi aku pun pergi ketempat tu kot-kot masih macam dulu.

tangga untuk naik ke laluan 


laluan di bawah jambatan menuju ke setiap tiang
    Sampaiaku disana keadaan sudah berubah kerana sudah ada yang memantau tempat tu.Dulu tiada yang jaga sekarang ok la. ini kerana aktiviti memancing di jambatan bukan kita perlu memancing diatas jambatan.Bahaya! lori kontena banyak lalu lalang di situ kerana ini adalah satu-satunya jalan yang menghubungkan kelang dan pulau indah.Jadi aktiviti memancing di lakukan di bawah jambatan iaitu di setiap tiang jambatan yang besar.Dengan laluan di bawah perut jambatan,ianya satu penggalaman yang berbeza kerana kita perlu memanjat tangga dan melalui satu tiang ke suatu tiang.Kepada yang pertama kali ingin pergi kesana,ini adalah panduan untuk anda.Bayaran RM1.00 untuk kesetiap tiang dikenakan setiap seorang.anda boleh memancing sampai anda koma kt situ kerana tiada had jam dikenakan.umpun-unpun bolah didapati di tepi jalan selepas bukit tinggi di tepi jalan dengan harga RM5.00 setiap bungkus.Lain umpan biasalah seperti umpan udang kopek atau apa saja yang ikan makan  di sana.













Haa..nie la rupa di setiap tiang.pilih mana satu tempat yang sesuai
gelama yang pertama
gelama yang kedua
Tambah kapsyen

banyak kapal parking tu..






Jadi setelah memilih tiang,maka anda pun boleh lah memancing.Macam  biasa la memancing di laut nie...tambah pula dimuara laut,air pasang surut memang memerlukan batu ladung yang berat sikit bergantung pada kederasan air.Biasanya tempatnie banyak gelama je.tetapi ikan gelama pun best gak pe..
Nie tips aku nk kongsi ngan korang bila memancing bila air daras.Biasanya kita gunakan batu yang besar supaya umpan tadi tidak hanyut.Banyak orang ingat memancing laut nie,pasang umpan lepas tali dan sampai dasar longgarkan lock mesin dan biarkan sampai ikan makan.Bila batu dah berat mana nak rasa ikan makan.Jadi aku tengok satu apek tu dah macam bagi ikan makan je.Angkat je pancing ikan tak de.Patutnye kita kena sentuh atau rasa tali tu sebab ikan yang kecil macam gelama atau duri makan tk nampak.Bila kita rasa macam  ada suatu gegaran atau tarikan yang sangat halus,sah tu ada la ikan yang menjamah umpan kita.Hari tu banyak gak yang aku dapat.Semua ikan gelama.Lagipun pada hari tu aku tidak boleh lama kerana petang aku akan ke tempat kerja semula.Pada aku memancing di Jambatan Pulau Indah masih seronok la.Tiupan angin laut dibawah jambatan tu rasa seronok gak walaupun seram bila lori-lori kontena yang melalui Jambatan ini.