BAB5
Semenjak perkenalan itu kehidupan azie berubah sekali,entah mengapa kali ini hatinya begitu terbuka sekali untuk menganali hati budi lelaki ini.Setiap kali pulang dari sekolah,pastinya Amar yang di tunggunya.Kalau dulu amar akan berkepit dengan pelajar perempuan lain,tapi kali ini amar akan meletakkan bag sekolahnya di sebelah kerusi agar tiada orang lain yang duduk.Ada sekali azie bertanya kepada amar adakah pelajar perempuan yang selalu berada disebelahnya girlfriend amar.Amar hanya ketawa kecil gelihati.Kenapa?kalau diaorang girlfriend saya,awak cemburu ke?tanya amar.Azie tersenyum malu walaupun perasaan itu memang ada setiap kali melihat amar bersama pelajar perempuan lain.Terang amar,dia perasan semenjak melihat kelibat azie asyik merenungnya setiap kali pulang dari sekolag,amar berasa rimas lalu saja dia meminta kawan-kawan perempuan sekolahnya duduk disebelahnya supaya amar dapat berborak tanpa menoleh kepada azie.Tetapi selepas azie memberitahu yang dia pernah bersahabat dengan azah,amar juga jadi teruja untuk berkawan dengan azie.
Hubungan azah dan amar terputus setelah amar mendapat tahu dari saadiah yang azah hanya menduakan amar.Suatu malam selepas pulang dari kelas malam ketika cuti semesta,Yah telah mengajak amar mengikutnya dengan berbasikal pergi menuju ke rumah azah.walaupun baru 10 minit azah berlalu,azah ada mengatakan akan terus pulang.Amar mempelawa untuk menghantarnya pulang walaupun hanya sampai sekerat jalan,namun selalunya di tolak azah kerana takut jiranya nampak atau diketahui ayahnya.Amar memahami lagipun sepanjang jalan memuju ke rumah azah,kiri kanan hanya di penuhi rumah penduduk.Lagi pula sekitar jam 10.00 malam,jika di kota masih lagi ramai anak-anak penduduk bermain di jalanan termasuk remaja yang melepak.Tetapi malam itu membuatkan hati amar betul-betul kecewa setelah melihat azah bersama sekumpulan remaja lain dan azah begitu rapat dan mesra dengan salah seorang remaja lelaki."tu la pakwe dia..kata yah.Setiap kali balik dari kelas malam azah akan bersama remaja tersebut.Dibawah lampu jalan jelas kelihatan begitu akrapnya mereka.Amar tahu saadiah tidak pernah menipunya kerana dia mengenali yah sejak dari kecil.Yah selalu tengok mereka berdeting berdua..kata yah dengan nada sengaunya.Sebab yah selalu meronda dengan basikalnya setiap malam bermain basikal menghabiskan sisa malam.Itulah malam terakhir amar bersama azah.Dia nekat untuk memutuskan persahabatanya kerana hatinya begitu sakit bila melihat azah bermesra denganlelaki lain sedangkan sebelum ini azah pernah memberitahu hanya amar seorang yang bertahta dihatinya.Punya seronok hati amar ketika itu.Cinta pertamanya.Dan amar pernah bercinta dengan gadis cina satu sekolah denganya gara-gara sakit hati dengan gadis melayu.Tetapi terputus juga kerana gadis cina itu bergaduh dengan seorang pelajar india yang juga sukakan amar.Sehingga melibatkan orang luar.Pulang dari sekolah,amar di panggil oleh sekumpulan remaja cina sambil membawa kayu.Walaupun pertelingkahan itu tidak melibatkan amar,mereka meminta amar melindungi gadis cina tersebut.Baru amar tahu gadis cina itu salah seorang dari ahli kumpulan remaja liar di sekitarJingjang.Tiadak lama selepas kejadian itu hubungan mereka terputus atas kehendak gadis cina itu.Amar menghormati keputusan gadis cina itu dan mereka kekal sebagai kawan.Sewaktu mereka berkawan amar banyak bercerita mengenai islam.Dan yang paling mengembirakan amar,dia berjanji akan memeluk islam jika ada jodoh mereka bersama."Jadi sekarang ni amar dah solo la"..tanya azie bila mendengar panjang lebar cerita amar di Restoran KFC bersebelahan Warta lama selayang.Ini lah kali pertama azie keluar bersama amar setelah sekian lama berkenalan.Mulanya amar ingin membawa azie ke kuala lumpur,tetapi azie menolak kerana takut akan terlewat pulang.Lagi pula azie tidak pernah ke Kuala Lumpur walaupun dia dilahirkan di Kota besar ini.Penjalasan azie mengejutkan amar."Demi Allah azie tak pernah ke K.L.Azie bukan dari keluarga senang,lagipun bapak azie kerja ikut mood dia je.Kalau dia suka dengan kerja tu,lama ladia keja.Kalau tak,dia terus berhenti..''cerita azie."habis tu makan apa? soal amar."Mak ngan abah mengurut orang,kalau ada orang bersalin atau pasakit perempuan,mak yang urut.Lelaki abah yang urut..''menurut azie lagi.Begitulah hari-hari indah dunia azie.Dia mula jatuh hati kepada amar.
BAB6
Tahun ini adalah tahun akhir buat azie dan amar.Pejam jelik sudah masuk tahun ke 3 pekenalan azie dan amar.Tahun ini S.P.M,namun hari-hari seperti biasa.Tetapi pada tahun ini azie amat jarang sekali dapat bersama amar kerana amar bekerja sebagai pembantu gerai burger di sekolah Menengah Raja Ali jalan Ipoh.Pendapatan rm15.00 dari pukul 2.30 sehingga jam 5.00pm setiap hari pada waktu amat berbaloi-baloi buat amar.Dia terpaksa mencari pendapatan sendiri kerana bapa amar sebagai peneroka Felda di Pahang bukan cukup untuk menampung persekolahan amar sedangkan amar mempunyai 5 orang adik beradiknya yang masih bersekolah.Jadi jika ada masa terluang,amar akan keluar bersama azie pada sebelah petangnya.Kadang-kadang mereka berdua makan Seafood di sekitar warta lama.Dapat juga azie melepaskan rindunya pada amar.Suatu hari,sewaktu amar sedang bersiap untuk memulakan perniagaan di gerai,kawan sekelas amar berjumpa dengan amar.''amar,aku ada hal sikit nak mintak tolong kau sikit.boleh!tanya saridah.''Ape bendenye...''tanya amar pendek.''kau nampak kawan aku depan tu..!dia ada masaalah dan aku ngan bos ko si abang Tom dah bincang,ko je yang boleh tolong member aku tu.''Tegas saridah.Abang Tom memanggil amar untuk berbincang sebentar."burger tu kejap lagi kita enjut,nie ada misi penting,baikk punya.'' Abang Tom sambil tersenyum sinis.Amar duduk dikerusi di kantin sekolah bersama saridah,abang tom dan....''Nie shuhada,kawan baik aku.''sarihad memperkenalkan shuhada kepada amar.Amar hanya mengankat tangan sambil melambai perlahan.Amar biasa melihat saridah dan shuhada selepas habis sekolah menghabiskan masa mengulangkaji di kantin sekolah.Selalunya hanya saridah yang rajin menyakat amar ketika amar sibuk memasak daging burger untuk pelajar petang.Sementara shuhada leka dengan mentelaah pelajaranya.Pada amar shuhada seperti pelajar yang sombong.Hari itu amar pertama kali senyuman shuhada,orang putih dan kelihatan sopan sekali.''ceritanya ialah ...!saridah memulakan cerita.''Kitaorang nak mintak tolong engkau je,menyamar jadi boyfriend shuhada,''Huih!!!...belum sempat saridah habis bercakap,amar terus mencelah,''Tak nak lah..gila ke hapa..''tegas amar dan kelihatan shuhada seperti malu dengan keadaan itu.''Nie abang tom nak cakap,kau dengar dulu,nak ke tak nak lepas abang tom habis cakap baru kau menilai patut ke tolong atau tak'' jelas abang tom.Amar dengan berat hati hanya memasang telinga sahaja.Cerita saridah.''kau tau si Mail yang jual air tu,dia minat giler dengan shuhada ni.''o.kla tu,mail tu pun hensem per,''..Aduh!belakang amar di tampar abang tom.''Dengar la dulu sampai habis,nak menjawap je''.Shuhada hanya tersenyum melihat telatah amar.''Shuhada tak suka dengan perangai mail tu,tak paham bahasa dah orang tak suka makin mengada-ngada si mail tu".Amar biasa juga melihat si mail tu duduk dengan shuhada sambil berbual-bual.Entak apa yang di bualkan apa amar peduli.Si mail pun ada bercerita yang dia ada awek di sekolah itu tetapi tidak pernah memberitahu nama kepada amar.Kebiasaanya perkerja di kantin sekolah termasuk amar akan melepak setelah selesai tugas sekitar jam 4.30 petang.Macam-macam cerita lah,terutama si mail yang lebih poyo.Kalau bercerita pasal perempuan mail yang paling hebat.Kononya dia sudah bawa shuhada keluar menonton wayang.Lagi pun shuhada yang tergila-gilakan dia."amar..!amar..!woi!"sergah abang tom."tido ke orang dok plane nak kenakan si mail tu..ungkau pikir hapa amarr.....''tanya abang tom."kitan berlakon 10 hari jer,dalam masa nie aku nak korang betul-betul menjadi pasangan paling romantik.Kat dalam sekolah je''..tolong ada ye amar..permintaan shuhada membuatkan amar kalah dengan pujukan perempuan.Tiba-tiba Mail muncul dari belakang amar tampa disedari."Huih!,meeting apa nie..hang pa jangan nak kacau awek aku..''ugut mail.Perasan''..selamba jawab shuhada.Setelah mendapat persetujuan.maka operasi untuk mengusir Mail yang selalu menggangu hidup shuhada bermula.
Petang itu di seperti biasa amar menunggu azie di warta lama,Kelibat azie turun dari bas len berbaju kebaya kuning jingga sangat menawan.Ketika makan amar bertanya kepada mengenai persahabatan mereka.Setelah sekian lama,amar ternyata senang dengan perwatakan azie,ternyata azie seorang yang cool dari segala aspek.Mereka berbual seperti biasa.Hal-hal sewaktu di sekolah atau lebih senang hal remaja.Sewaktu didalam bas untuk pulang,amar ada mempelawa azie untuk menonton wayang cerita Maria Mariana lakonan Era fazira dan Ziana Zain.Pada mulanya azie menolak,takut katanya.Kalau bapaknya tahu, mau berbirat belakang azie.Tetapi kerana hati sudah sayang,apa terjadi pun tidak menggapa.
Dihujung minggu sewaktu azie di rumah,telefon berdering,pastinya amar yang telefon.Gembira bukan main azie bila genggaman diangkat,suara azah yang kedengaran.Sudah lama azie tidak berhubung dengan azah semenjak mereka bertukar sekolah.Hubungan mereka juga semakin renggang.''azie,aku dengar kau sekarang berkawan dengan amar,betul ke?tanya azah."Macam mana kau boleh kenal dengan dia''?soal azah lagi.Setelah azie menerangkan kepada azah bagaimana dia terserempak dengan amar,azah akhirnya akur.Dari suara azah kedengaran agak cemburu.Jadi untuk menjaga hati kawanya itu,dia terpaksa menipu yang meraka hanya kawan biasa sahaja.''Kau jangan nak rampas amar dari aku,suatu hari nanti aku akan dapatkan dia balik.''tegas azah.''Ah!,biarlah..jodoh ditangan tuhan..''bisik hati kecil azie.
Loceng rehat berbunyi,amar pada hari itu tidak bertugas mengawasi pelajar kerana dia bertugas pada sebelah pagi menjaga di Gate sekolah menahan pelajar yang datang lewat.Sebenarnya amar sangat disenangi oleh pelajar terutama pelajar yang selalu membuat masaalah.Kalau amar yang menjaga Gate,lega meraka kerana rokok seludup yang mereka bawa tidak akan dirampas.Kalau amar yang menjaga tandas pastinya tandas sekolah seperti berlaku kebakaran berkepul-kepul asap keluar dari celah tingkap tandas.Amar memberitahu kawanya hari ini dia akan keluar kekentin bersama seorang kawan perempuan.Di tingkat bawah kelihatan shuhada sedang menunggu."jom kita mulakan lakonan''amar tersenyum.Shuhada menyambut senyuman amar dan meraka berdua berjalan menuju ke kentin berasak-asak dengan pelajar lain.Pemandangan pelajar lelaki makan minum berdua-duan di kantin sekolah adalah perkara biasa.Malah tiada adengan yang biadap.Hanya duduk bersama dan makan bersama.Tetapi kali ini agak lain sekali.Ramai pelajar yang menganali amar agak terkejut dengan apa yang mereka lihat.Macam mana amar boleh bersama shuhada.Amar adalah salah seorang yang aktif dalam bidang seni lukis dan dia juga salam seorang pelajar yang mengajar seni Silat Gayong di sekolahnya pada setiap pagi Sabtu dan Ahad.Sedangkan shuhada hanya seorang pelajar yang kurang menonjol di sekolah dan mungkin ramai yang tidak mengenalinya langsung.Melihat telatah amar melayan shuhada seperti sepasang kekasih,Din kicap menegur sewaktu amar mambelikan nasi ayam untuk shuhada.''Bila hang main cinta dengan budak Ada tu?''.tanya Din kicap.''Bila hang nampak tu la aku start main cinta dengan dia..''jawab amar dan terus berlalu mendapatkan shuhada.
Begitu juga selepas waktu sekolah,amar berjalan berdua-duaan sambil bergurau dengan shuhada malah shuhada sudah berani menyentuh amar bila terlihat kelibat Mail.Terkedu Mail bila melihat kemesraan shuhada dan amar.Sharida menyusul kemudian dan terus mendapatkan kawanya.
BAB 6
Selepas membeli tiket wayang,amar dan azie mengambil suatu sudut yang selesa sementara menunggu tayangan seterusnya.Di Panggung Federal pada waktu itu sangat ramai memandangkan filem Maria Mariana begitu mendapat sambutan membuatkan azie sedikit rimas.Perlahan azie merapatkan badanya sambil dia memberanikan diri untuk memegang tangan amar.''hey..!kenapa nie ?''tanya amar perlahan.''Azie takut la..first time keluar dan tengok ramai sangat orang.Lagipun mana tahu kalau kita terpisah nanti,macam mana azie nak balik..''manja suara azie.''Ok..saya akan jaga awak,saya yang bawa awak keluar mesti saya yang bertanggungjawab menjaga awak..''amar cuba menenangkan azie.Ternyata azie begitu kekok sekali kerana inilah buat pertama kalinya dia menjejakan kaki ke Kuala Lumpur.Di dalam panggung juga azie tidak melepaskan pegangan tangannya.Pada mulanya azie begitu asyik menonton,lama kelamaan matanya semakin layu.Sedar-sedar suara amar memanggil sambil menampar manja pipi azie."Wah! bukan main lena awak ye..orang lain punya sedih yang awak bantai tidur''.kata amar sambil ketawa.Sewaktu pulang didalam bas azie memeluk erat tangan amar.Amar faham dengan situasi itu dan hanya membiarkan sahaja.Dalam perjalanan pulang,mereka tidak banyak bercerita.Mungkin masing melayan fikiran atau tengah berangan-angan seperti cerita Hindustan agaknya.sampai di selayang amar segera menghantar azie pulang sebelum senja.
Pada malamnya fikiran azie melayang lagi.Inikah cinta?kanapa aku rasa sayang,rindu, gelisah,asyik teringatkan dia,hati ini seolah-olah meronta kalaulah aku dapat bersamanya selamanya.Begitu juga halnya dengan amar dirumah.Sambil memetik gitar kapok,dia juga melayan perasaan yang sama.Suatu perasaan yang sama dengan azah dahulu.Perasaan inilah yang bermain di lubuk hati lelakinya,sayang rindu yang teramat sangat kepada azie.Malam terus berlalu dengan alunan petikan gitar amar....
Keesokan seperti biasa amar sampai awal di sekolah.Seperti kebiasaan amar berkumpul bersama kawak-kawan di belakang kelas.Dari Din kicap,Ijam,Ida,Fuad,Farah,Nana,Afrin dan ramai lagi tidak henti-henti ketawa dengan telatah Din kicap yang selalu suka melawak.Sewaktu loceng hampir berbunyi,kelibat shuhada tiba-tiba muncul mendapatkan amar.Ketika itu amar sedang memakai tali leher pengawas.''Meh sini Ada betulkan,senget ni'',selamba shuhada membetulkan tali leher amar.Rakan amar terdiam seketika dengan kelakuan amar dan shuhada.Untuk menyelamatkan keadaan amar dari di salah ertikan maka amar mencubit mesra pipi gebu shuhada.Nampak nakal sekali.Kecoh satu sekolah yang amar berpacaran dengan shuhada.Amar langsung tak ambil pusing kerana lagi beberapa hari dia akan tinggalkan shuhada.Semua ini hanya lakonan sahaja.
Baru beberapa hari hubungan amar dan shuhada,Mail sudah bosan untuk memikat shuhada dan dia paham tiada gunanya dia hendak bergaduh kerana seorang perempuan.Mail tahu di lebih dewasa dan betul juga nasihat kawanya lebih baik cari yang sebaya umurnya dari buddak sekolah.Hal ini juga sampai ketelinga amar bila mail sendiri yang memberitahu amar bahawa di tidak berminat lagi untuk menggangu mereka dan mendoakan mereka bahagia.Tergelak kecil hati amar kerana berjaya menipu perasaan mail.Berita gembira ini juga amar sampaikan kepada shuhada.Walau pun terpencar kecerian diwajah shuhada,terselit suatu perasaan yang dia sendiri tidak tahu untuk ceritakan kepada amar."Mar,aku ada benda nak cakap ngan ko pasal Shuhada,kau tau tak?kalau boleh dia nak teruskan hubungan dengan ko.Dia nak serius bukan lakonan''.jelas sharidah.Terkedu amar bila sharida beritahu hajat shuhada.Dalam hati amar terbayang terus wajah azie.Amar sudah menganali hati budi azie dan shuhada juga sebaliknya.Masing-masing ada kelebihan sendiri."nanti lah aku pikir..''jawab amar dan terus melakukan kerjanya pada petang itu membantu abg tom memasak burger di kantin sekolah.
BAB6
" Sapa nak pergi rumah amar lepas sekolah nanti," tanya Din kicap.Hari ini amar membuat open hause sempena Hari Raya Aidiladhar.Cadangan amar pada hati itu cuma untuk rakan-rakan rapatnya sahaja termasuk azie dan rakanya juga."Taka ramai cik,dalam 30 orang je.''amar memberitahu kepada makcik
Wednesday, April 11, 2012
Posted by halil bin halim at 11:00 PM
Subscribe to:
Posts (Atom)