CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, March 27, 2012

azie...

BAB 1

  Kuih..!kuih..! teriak azie gadis bertubuh kecil bersuara nyaring melalui lorong-lorong rumah setinggan di sekitar Bukit Botak di Selayang Baru.Siapa yang tidak kenal anak gadis Wak Tipah dan Wak Tukiran yang memang tidak kenal erti malu demi membantu ibunya menjual kuih muih pada setiap petang selepas waktu sekolah.''azie..mak ko buat kuih apa hari nie?'' sapa Kak Milah.."hari nie ada karipap,kuih melaka ngan kuih talam."Cik Timah nak yang mana? tanya azie.Bagi la karipap seringgit,lagi pun Cik Timah sorang je hari ni."lah!! senggit je? beli la dua ringgit ke?kedekut la cik timah nie...cik timah tersenyum.Memang Cik Timah tahu, azie memang begitu malah rata-rata penduduk di sekitar tempat azie menjaja kuih sudah masak dengan perangai azie.Kalau seringgit azie mesti memujuk sampai orang beli lebih dari itu.Kadang-kadang azie minta upah lagi dengan alasan dia penat berjalan bawa bakul kuih.Bila habis berjual,kadang-kadang azie akan berhenti di Bengkel Pakcik nye.Wak Lan adik kepada ibu azie yang mahir dalam membuat pagar rumah dan barangan besi.Wak Lan,mintak singgit..nak beli jajan la..Wak Lan paham benar dengan perangai anak buahnya yang sorang nie.Tidak lain kalau kebengkel mesti mintak duit."Dah habis jual kuih ji"..tanya Wak Lan.Dah...!jawab azie pendek.Cepatnya habis tanya Wak Lan sambil membuat kerjanya.Ye la..azie paksa orang tu beli banyak-banyak..cepat habis nanti boleh main..Wak Lan tersenyum dengan telatah anak buahnya yang barumur 5 tahun itu.Kesian...kecil-kecil dah kena cari rezeki..bisikan hati kecil Wak Lan.Kehidupan azie pada zaman itu  agak memeritkan dengan Bapa azie yang memilih kerja dan panas baran membuatkan zaman kanak-kanak terpaksa dikorbankan dengan membantu ibu.Malah perangai Ibu azie yang kuat membebel dari celik mata sampai ke malam sudah macam redio buruk cukup membuatkan jiwa anak kecil ini memberoktak.azie selalu berangan-angan sebelum tidur kalaulah dia dilahirkan sebagai anak orang kaya...azie tertidur dengan angan-angannye...

BAB2


   "Azieee...!!bangun!..sekolah..! Tak tau nak jadi apa dah tua bangka makin liat nak suruh bangun"teriak ibu azie.Kejap lagi abah ko masuk bilik tu saja je kena bedal dengan orang tua tu..Ugut ibu azie lagi.Azie tahu kalau abah dah masuk campur,nahas la..iissshhhhhkk..!!azie menggeliat malas.Di luar kamar azie masih terdengar lagi suara ibunya pok..pek..pok..pek membebel tak behenti.Tiba-tiba angah kakak azie yang sudah siap dengan seragam sekolah masuk kebilik,woi!bangun la...mandi,sampai bila ko nak dengar orang tua tu membebel..cepat!angah tunggu kat luar.
  Di sekolah seperti biasa azie dan rakan baiknye Azah seorang yang selalu merasakan dirinya cantik.Azie! aku cantik tak hari nie...soalan yang boleh dikatakan setiap hari di ajukan kepada azie..Yee...cantik jawab azie sayu.Dalam hati menyampah dengan soalan yang sama setiap kali berjumpa."kau kenapa zie...kena balun dengan bapak kau lagi ke?"tanya azah."alaa..biasa la bapak aku tu..silap sikit je,tak dapat pukul dengan tangan,ada je benda yang melayang".cerita azie."sabar je..sapa azah."Kadang-kadang aku tak sabar nak habiskan sekolah lepastu kerja,duduk rumah sendiri.Sakit hati bila hari-hari kena beleter,lepastu kalau bapak aku ada,hemmpp!sakit yang dapat".cerita azie lagi.Begitulah rutin kehidupan azie.Bukan saja dia,malah abang,angah serta adik-adiknya turut menjadi mangsa keadaan keluarga.Mungkin faktor kewangang tambahan pula kos sara hidup di bandar besar seperti Kuala Lumpur membuatkan tekanan kehidupan dilepaskan kepada anak-anak.''azie!...Ooo cik azie!pekik azah,"..jauh mengelamun".Sapaan azah membantutkan lamunan azie memikirkan nasibnya.Nanti lepas sekolah ko datang la rumah aku.Ajak azah.Azie hanya menganguk kepala tanda setuju.Memang azie dan azah seperti isi dan kuku tidak pernah berenggang kemana pun mereka akan bersama kecuali jika ke Kuala Lumpur.Walaupun dilahirkan di bandar besar,azie tidak pernah menjejakan kaki ke Kuala Lumpur.Nak makan KFC pun belum tentu dalam sebulan.
     Jemput makan azie,jangan di tengok je makanan tu...Pelawa ibu azah.Selalunya azie akan kerumah azah selepas sekolah jika ada waktu terluang.Lagi pula keluarga azah sudah menganggap azie seperti anak mereka sendiri.Azah adalah anak sulung dari 5 adik beradiknya.Kehidupan keluarga azah jauh lebih baik berbanding azie dimana bapa azah berkerja sebagai pemandu lori dan sangat rajin.Kadang-kadang ada rasa cemburu juga bila melihat kemewahan orang lain.Sememangnya azie dilarang pulang lewat.Sebelum Magrib dia mesti sudah sampai kerumah.Jika abahnya yangnsampai dulu alamat dibantai azie.Kadang-kadang sehingga lebam belakang azie.
   Sewaktu di rumah azah,azah ada bercerita mengenai boyfriend barunya.Katanya cucu seorang Imam Masjid di Selayang.Hensem budak tu zie..kakak dia sekolah kat sini,adik dia tu sekolah di Muadzam Shah Pahang...Sekolah asrama.Hari tu cuti sekolah,Kakak dia bawa budak tu datang tempat Tuesyen.Dari situ la aku kenal dia.Cerita azah menggenai boyfriend dia la konon.Azie hanya mengiakan saja.Nanti ko bawa la aku jumpa balak kau tu.pinta azie.Mana bolehhh...nanti kau nak kat dia..tegas azah.Setahu azie balak ni ntah yang keberapa dalam hidup azah.Biarlah..Tau mak bapak aku mampus aku kena belasah.Lagipun azie memang tidak pernah berminat untuk bercinta apatah lagi untuk mempunyai teman lelaki.Pernah sekali seorang senior sekolah cuba memikat azie.Kerana desakan kawan,azie terima lelaki pertama dalam hidupnya.Yang kelakar cinta pandang pertamanya itu hanya bertahan 3 hari sahaja.Rimas,terkongkong rasanya bila ada balak.Semua hal azie kalau boleh nak dijaganya.azie kembali solo dan malas untuk bercinta walaupun ada sahaja yang cuba untuk menawan hati azie.Tetapi bila mereka tahu yang azie ada abang bernama Piee atau Shafie,mula lah goyang.Manakan tidak,Piee seorang yang panas baran seperti bapanya juga.Ada saja masaalah di Bukit Botak,dialah yang datang membantai orang-orang yang buat kecoh."ko berani ke nak tyr ngan adik Piee tu"...
Seloroh sekumpulan pelajar lelaki bila azie melintasi mereka.Rata-rata pun geleng kepala kerana mereka tahu macam mana gila perangai piee.Pernah sekali hanya berlaga bahu dengan seorang pelajar india,sampai satu keluarga turun tapi piee hadap sorang dia je.Hati kering betul si piee tu.

BAB3

   Cuti sekolah bermula..walaupun hanya seminggu,cukup membosakan bagi azie kerana azie hanya akan terperap di rumah.Tidak pun dia akan kerumah azah melepak.Itupun jika azah sekeluarga tidak kemana-mana.Yang lain rutin di rumah adalah seperti biasa mendengar radio buruk leteran ibunya.Petang itu azie meminta kebenaran untuk kerumah azah."Mak..!orang nak pergi rumah azah"..pinta azie".Hah!tu dah takde benda lain la..nak mengatal cari jantan,tak reti nak duduk rumah...cuba kamas rumah ke,lipat kain tu ke.."tegas suara ibu azie seperti melarang azie ke rumah azah."Semua dah buat la makkk"...azie mendengus tanda protes."Tu menjawab bila orang tua suruh buat itu ini.."rungutan ibu azie lagi.Tanpa rasa peduli azie pergi meninggalkan ibunya kerana padanya buang masa melayan ibunya.Kalau dijawab,maka tidak berhenti leteran ibunya."aziee!!!..balik cepat!..balik magrib siap kau dengan abah nanti..teriak ibu azie sebaik melihat anak gadisnya melangkah keluar dari rumah."Yee makk"...jawab azie panjang."Nanti orang balik la mak."
    Sampai di rumah azah,azie terus memberi salam..seketika salam azie di jawab ibu azah."masuk zie..azah keluar kejap,nanti balik la tu".beritahu ibu azah."Laa..tadi panggil azei datang,nie dia keluar pulak''..azie menggeluh di dalam hati."azah ke mana bu?''soal azie ingin tahu."katanya nk jumpa pakwe dia kejap,cucu ustaz kat jalan 21 tu...azie pernah tengok ke pakwe baru dia.''tanya ibu azah.''Tak bu...azah mana nak bawa azie,takut nanti azie terpikat pulak ngan pakwe dia.'' sambil azie ketawa kecil menampakkan barisan giginya yang putih."Ntah berapa ramai pakwe si azah tu,ibu pun tak tau.''ibu azah seolah risau dengan anak perempuanya yang ramai sangat boyfriend.Tiba-tiba kedengaran orang memberi salam dari luar dan kelihatan azah yang baru pulang.Melebar senyuman sampai ke telinga sambil membawa sepucuk surat.''hah!macam kerang busuk je kau ni..?kenapa? soal azie apabila melihat kawan baiknya seperti orang baru dapat sesuatu yang berharga.Ibu azah buat tidak tahu kerana bukan kali pertama anaknya berjumpa jantan.Ada saja cerita yang seronok untuk dikongsikan.Kadang-kadang dua tiga kali bercerita benda yang sama.Lalu orang tua itu berlalu melakukan kerjanya sebagai suri rumah.Memasak.Kerana sebentar lagi suaminya akan pulang makan tengahari.
   Didalam bilik azah dia mengeluarkan surat yang baru diterima dari teman lelaki barunya untuk ditunjukan kepada azie yang dari tadi beria-ia ingin melihat bagaimana rupa cucu ustaz yang tinggal di Pahang itu.NAh!..Hensem tak!..tanya azah.Azie melihat sekeping gambar lelaki berbaju melayu biru.Hensem jugak..bisik hatinya.Hah! tu dah jatuh hati la tu kat pakwe aku..herdik azah."kau nnak kenal dengan dia tak.?tanyan azah."Kalau kau sudi nak kenalkan aku dengan dia apa salahnya.''azie menyambut baik cadangan azah. '' Nanti bila aku jumpa dia lagi aku ajak kau ye''
..sambil azah berlalu membawa gambar pakwenya untuk ditunjukan kepada ibunya.
     Hari jumaat berikutnya azie kerumah azah.Janji azah untuk memperkenalkan pakwenya kepada azie.Memandangkan minggu terakhir cuti sekolah,bermakna pakwe azah akan pulang ke Pahang."jom..nanti lambat pulak sebab pakwe aku tu nak pergi sembahyang Jumaat"tegas azah.Sambil berjalan tidak habis-habis azah mengingati azie supaya tidak bertanya banyak bila berjumpa pakwenya.Letih azie dengan kerenah kawanya,azie buat bodoh saja.Sudahlah panas terik berjalan kaki.Dan bila sampai di simpang jalan,Azah memperlahahkan jalanya."Hah!tu..dia dah tunggu aku dah..Aku rasa kau tunggu sini je lah.tak payah ikut aku."tegas azah."pulak'!%#$@^...azie kebingungan..dari jauh azie melihat azah dan pakwenya itu bersembang.Hensem juga mamat tu bisik hati azie.Yang hensem semua dapat kat dia.Yang dok tackle aku semua muka pecah rumah..azie merungut dalam hati sambil mencangkung bermain pasir.Tiba-tiba seseorang memberi salam dan azie menoleh bila suara sengau di belakangnya.Tidak lain saadiah atau yah nama glemor kerana yah anak cik timah selalu membantu ibunya menjual goreng pisang di bahu jalan berdekata rumah pakwe azah.''Ko wat pe sihni ahzie.."koh tungghu ahzah nye..hee..heee..''tegur yah.Yah dilahirkan dengan kecacatan sejak lahir.Sumbing di mulut dan sudah melalui pembedahan tetapi masih terdengar sengau bila dia bercakap.Tetapi saadiah seorang gadis yang baik dan peramah dan dia sesekali tidak pernah menganggap dirinya kurang dari orang lain.Walaupun terpaksa berhenti sekolah,yah mempunyai ramai kawan kerana sikap peramah yah."Tu..azah tengah deting ngan pakwe dia.."sambil memungcungkan mulut kearah azah.''Oooo...tu Ahbang ahmar..bahikk ahbang tuhh..yah suhke kahwan dehngan ahbang tuh..''cerita yah menggenai jejaka idaman azah.Jadi secara tidak langsung azie mendapat sedikit maklumat mengenai pakwe azah.Menurut yah,pakwe azah itu bernama Amar,tinggal di asrama di Muad'zam Shah Pahang.Disini rumah datuknya dan memang setiap kali cuti sekolah Amar akan datang ke Kuala Lumpur.Menurut yah lagi amar adalah anak peneroka Felda di Pahang. Amar seorang yang sukakan seni seperti   melukis,memasak dan boleh bermain alat muzik.Dengar kata dia akan bertukar sekolah di Kuala Lumpur tahun depan.Kata yah lagi.Entah menggapa hati azie begitu teruja ingin mengetahui latar belakang lelaki tersebut."mana kau tau pasal pakwe azah tu?'' tanhya azie."Ahku tahu aa...diea selahlu behli goohreng pihsangg pehtangg-pehtangg..heheh..tersengih yah bila azie bertanya kerana dia lebih tahu banyak perkara berbanding azah menganai lalaki itu.
   Sewaktu perjalannan pulang,azie bertanya kepada azah kenapa dia tidak di benarkan berkenalan dengan pakwenya.Tegas azah pakwenya yang ini lain dari yang lain.Nanti kau terpikat,jatuh hati pada dia pulak.kata azah yang tidak masuk akal itu.Yang azie tahu setiap kali azah ada berkenalan dengan jantan baru,pasti akan di perkenalkan kepada azie.Tidak pernah pun seorang yang azie terpikat.Tetapi amar lain sekali.Seolah-olah ada sesuatu aura yang membuatkan azie lebih ingin kenal jejaka ini.Kenapa azah tak nak aku kenal dia?tak masuk akal kalau aku nak terpikat dengan jantan macam tu.Fikiran azie terus berlalu.......


BAB 4

  Hoi..! jerit ana kepada azie..kau ni selalu berangan la zie...tanyan ana bila melihat azie tidak berkelip memandang kearah luar kelas.''Tak de apa la..'' aku trkenangkan azah je...sayu suara azie.Sejak dia bertukar sekolah selepas keputusan PMR yang tidak memuaskan,azie berkenalan dengan ana yang tinggal di selayang baru jua berhampiran rumah azie.Sejak itu juga perhubungan azie terputus dengan azah kerana nasib tidak menyebelahi azie dalam pelajaranBukan azie tidak mahu belajar bersungguh-sungguh,tetapi keadaan keluarga yang seolah-olah tidak menghiraukan pelajaran anak-anak.Kalau gagal dalam periksa,kata-kata kesat yang boleh menjatuhkan semangat akan di dengar dari ibu bapa azie.Sedih bila azie teringatkan ibunya pernah berkata yang dia hanya menyusahkan,degil,selalu melawan bila ibunya membebel.Pernah suatu ketika belakang azie dibaling dengan kasut boot kulit yang mempunyai besi di dalam kasut.Menggeliat azie bila kasut menghinggap belakangnya.Sakitnya tuhan saja yang tahu.Ssampai azie pernah berkata kepada ibunya ''nanti bila orang dah kerja,jangan harap orang nak tolong,nak mati ke lantak la'' kata azie sambil menangis.Ibunya hanya  tersenyum saja bila azie berkata bagitu."Ada aku kisah"!..kata ibunya.
  Tinggal 2 tahun lagi persekolahan azie akan habis.Dia nekat jika habis SPM,dia akan mencari kerja yang sesuai agar dapat keluar dari rumah itu."Alahhh!senang-senang kau kawin je dengan anak orang kaya.''..gurau ana bila azie bercerita mengenai keluargnya."Balik nie aku belanja kau KFC,nak"! pelawa ana."Aku rasa nak balik awal la hari ni.mak aku tak sihat..kesian pulak orangtua tu bila sakit"..Beritahu azie.
  Sewaktu menunggu bas di hadapan warta lama selayang,ramai pelajar sekolah di sana termasuk azie dan ana.Bas Rawang,Bukit Idaman baru berlalu.Biasanya azie dan ana tidak menaiki bas Mini kerana jika waktu lepas sekolah selalunya akan berasak-asak dengan penumpang.Meraka lebih suka menunggu bas lan bernombor 71.Selalunya bas lan akan sampai dalam pukul 1.30pm,kadang-kadang lewat 10 minit kerana jem.Setibanya bas lan yang di tunggu,azie dan ana melangkah tangga menaiki bas tersebut.Sementara mencari tempat duduk yang sesuai,mata azie tertumpu kepada seorang pelajar berbaju biru sedang memerhati keluar tingkap.Azie terus berdiri sambil cuba mengingati pelajat tersebut seperti dia pernah melihatnya suatu ketika dulu."Kau tak nak duduk ke azie oii.."tanya ana.Sambil duduk azie memberitahu yang dia pernah melihat pelajar berbaju biru.dengan menuding jari telunjuknya di celah kerusi bas menampakkan sedikit wajah pelajar itu.Bila di lihat lencana sekolah tahulah azie pelajar tersebut belajar di sekolah Menengah Raja Ali.Itu pun penjelasan dari ana kerana ana ada saudara yang bersekolah di sana.Pada malamnya selepas mengemas dapur,azie terus ke bilik sambil berbaring dia terkenangkan semula pelajar yang ditemuinya di dalam bas tengah hari tadi.Sesekejap lamunan azie terhenti bila adik-adiknya masuk kebilik mengganggu angananya.Begitulah suasana malam azie,selepas makan malam,saudara lelakinya akan keluar ambil angin di luar rumah atau berjumpa kawan-kawan.Dan saudara perempuan akan melepak didalam bilik sementara bapa azie akan menonton tv di ruang tamu.Jika ada cerita yang menarik,mereka akan berkumpul di hadapan tv sekeluarga.
   Pada keesokan harinya,azie seolah-olah tidah sabar ingin cepat pulang menunggu bas dan berjumpa pelajar semalam."ana,kita tunggu bas lagi satu lah''.nada suara azie kecewa kerana solah-olah tidak kelihatan pelajar tersebut.Heran ana kerana selepas sekolah bukan main tergesa-gesa mahu ke perhentian bas.Selepas 3 bas lan berlalu akhirnya azie akur bila ana memarahi azie."kau tunggu sapa nie? nanti mak aku marah balik lambat..''kelihatan merah padam muka ana.Begitu juga keesokan harinya,pelajar yang ditunggu tidak juga kelihatan di dalam bas selepas waktu sekolah."Kenapa aku seperti mencari Putera yang tidak wujud.Kenapa hati aku begitu ingin mengenali lelaki ini.Lagi anganan azie sampai dibawa ketidur.Dalam tidurnya azie bermimpi berkahwin dengan seorang lelaki tetepi mukanya tidak jelas.Yang pelik dalam mimpinya,azie bersanding dengan pakaian sekolah sementara pangantin lelaki juga perpakaian sekolah berwarna biru.
Terbahak-bahak ana mendengar cerita azie kahwin pakai baju sekolah bila azie bercerita pada keesokan harinya di sekolah.Dan pada hari ini selepas sekolah,azie tidak mengharapkan puteranya akan ada di dalam bas.Tetapi bertapa gembiranya azie bila melihat pelajar lelaki itu ada di dalam bas dan suatu perasaan yang aneh,cemburu,marah bila melihat seorang pelajar perempuan yang agak gempal sedang mesra berbual dengan putera azie.Tanpa menghiraukan ana,azie pergi lebih dekat dan berdiri lebih dekat untuk melihat rupa pelajar itu lebih dekat lagi.Nasibnya agak baik kerana ketika itu bas agak penuh sehingga tiada tempat duduk membolehkan azie melihat dengan rapat.Akhirnya azie tersenyum sambil melihat kepada pelajar lelaki tersebut.Senyuman azie tepat pada wajah pelajar lelaki itu dan pelajar itu juga perasan akan pandangan dan senyuman azie kepadanya.AMAR..!bisik hati kecil azie.Pakwe azah dulu.Memang sah amar.Berderau hati azie bila lelaki di depannya adalah lelaki yang dikenalinya.Walaupun tidak pernah bersua mahupun bercakap,perasaan azie seperti lelaki itu adalah kekasihnya.Mahu saja di hunban perempuan sebelah amar itu keluar dari bas.Tidak menggapa,esok masih ada.Hari esok juga sama,kali ini dengan seorang pelajar perempuan kacukan india.Pengawas sekolah berbaju biru sama seperti amar.Kali ini lebih kuat cemburu azie bila melihat gurauan mesra amar dan pelajar india bertepuk tampar.Dan pada keesokan harinya juga dengan pelajar lain pula.Kali ini pelajar melayu,putih,kurus dan cantik. "Hah!..macam gigolo la lelaki tu". kata ana.''Asyik tukar pompuan je.Tu baru sekolah,ntah-ntah esok dah habis sekolah jadi gigolo betul kot."tambah ana lagi.Azie hanya terdiam bila ana berkata begitu sambil matanya merenung tajam melihat amar.Amar seolah-olah perasan tetapi buat bodoh sahaja.Tetapi mungkin hari ini adalah pertemuan yang sudah tuhan tertukan untuk azie.Terpulang kepada azie jika dia tahu mengambil peluang ini.Bas lan yang sepatutnya melalui jalan biasa telah melalu jalan belakang kerana bas itu akan pergi ke bengkelnya.Menurut kondaktor tiket.Azie melihat pasangan amar menekan loceng.Selapas perempuan itu turun,seperti megnet azie terus pergi dan duduk disebelah amar.Ana hanya ternganga melihat kawannya itu.Gila!..herdik hati ana.Asalamualaukum!salam azie pendek sambil menghulurkan tangan.Amar yang terkedu dengan tindakan azie menyambut salam azie.Itu pun hujung-hujung jari saja."Saya azie,abang nie amarkan..tanya azie."A-aaa...kenapa?macam mana tau nama saya?tanya amar bagai mana azie boleh tahu namanya kerana setahu amar dia selalu menyimpan nametacnya bila selesai waktu persekolahan.Azie hanya tersenyum."Orang tau la..ramai girlfriend abang,hari-hari tukar.."tanya azie lagi."Awak ni busybody la..kenapa nk sibuk dengan siapa saya berkawan..suka saya la saya nak berkawan dengan siapa."amar seolah bengan bila ada orang yang cuba menjaga hal peribadinya."Opss!..maaf,cuma hairan jer.."kembang kempis azie malu bila amar seolah tidak senang dengannya."Abang ni dulu pernah kawan dengan azahkan" soal azie.Dia tahu soalanya itu agak sensetif.Baru tadi kena saund pasal soalan cepu emasnya tadi.Tetapi amar terdiam sejenak."Awak kenal azah ke?'' tak pernah nampak awak pun masa saya berkawan dengan azah"tanya amar."Saya dengan azah tu macam adik beradik.Kalau dia jumpa abang,saya duduk jauh-jauh je".Cerita azie lagi.Meraka berbual panjang sampai azie dan ana turun di perhentian berhampiran rumah mereka."Bukan main seronok kau ye azie bila dapat berjumpa putera kau tu..''tanya ana.Berseri-seri muka azie macam beruk dapat bunga.Sepanjang perjalanan bali kerumah,mana orang yang dikenalnya di tegur.Dan hari ini azie pergi ke kedai Pak ciknya."Cik lan,orang nak 2 ringgit.mintanya kepada cik lan.Orang tua itu bagai sudah tahu permintaan anak saudaranya itu.Dihulurnya note kertas 2 ringgit."orang nak duit syiling la"cebik bibir azie."Syiling tak de,nah ambik 10 ringgit ni buat belanja adik-adik."Terima kasik CikLan.Tersengih azie bila dapat note merah dari Pak Ciknya.Bukan senang nak pegang duit macam tu.Niat azie cuma satu,petang nanti dia nak telefon amar.Amar ada memberikan nombor telefon rumah datuknya sebelum azie turun dari bas tadi.


















 
azie selepas berkahwin pada umur 19 tahun.(gambar di rumah suami)


                                                                                                                                                                                                                                                                       

Monday, March 26, 2012






Pernahkah kalian mendengar iklan di corong2 redio berbunyi ''pagi2 bangun,siapkn sarapan,kejutkan anak,suami,hantar anak pergi sekolah,pergi kerja,balik kerja,siapkan makan malam,tengok tv,suruh anak2 tidur dan esok ulang benda yang sama''.Kadang2 itulah yang bermain difikiran kenapa kita harus melakukan benda dan perkara yang sama setiap hari.Tambahan pula 7 hari seminggu terlalu cepat berlalalu dan sebulan seperti seminggu setahun seperti sebulan sahaja.Ini bermakna hari2 yang mendatang terlalu singkat untuk kita lalui.Semuanya pentas.pembangunan yang begitu pesat membangun seolah2 tiada ruang setiap inci tanah di kuala lumpur habis digunakan sebijak mungkin oleh pemaju2 yang semamangnya kretif dengan idea bernas mereka.Pejam celik ada saja perubahan baru yang berlaku.
    Persoalanyna bagaimana dengan diri kita sendiri?..pernahkah kita melakukan perubahan dalam hidup kita?Sejajar dengan arus kemodenan ada diantara kita masih berkira2 dan tercari2 identiti tentang siapakah kita..dimana kita..adakah kita puas dengan apa yang kita lakukan..adakah kita benar2 dapat dariapa yang kita impikan?..jika hendak di tanya soal kerja,adakah kita puas,senang dengan kerja kita sekarang.Yang belajar setakat mengngah hanya melakukan kerja yang biasa sahaja.Dan masih berkata belum puas dengan pendapatan yang tidak setimpal dengan bebanan kerja.Pada yang berpendidikan tinggi pula pinjaman kerajaan atau tajaan dari pihak tertentu untuk melanjutkan pelajaran keluar negara dan sehabisnya belajar masuk pula alam perkerjaan,suku pendapatan terpaksa membayar semula pinjaman kepada kerajaan.Adat meminjam harus dipulangkan...Tapi bagaimana dengan lepasan yang masih menganggur?yang masih gagal mendapatkan kerja?...seolah2 berdiri di tengah padang dan berpusing melihat sekeliling dan keadaanya adalah sama..kerana kita masih disitu juga.Jika kita memilih satu langkah kedepan mungkin ada rezeki yang sedang menanti di hadapan.Pokok pangkalnya,tepuk dada tanya selera...apakah jalan yang harus kita pilih...kerana rezeki itu sebenarnya ada di sekeliling kita cuma kita yang harus menggerakan diri kita sebenarnya kita hendak menjadi orang sedarhana,kaya atau sangat kaya....hahahahaha...