CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, August 24, 2011

mudah membaca Al-Quran dengan pen digital.


Bismillahirahmanirahim..Alhamdulillah di bulan ramadhan yang mulia ini Rimbabarapi ingin berkongsi sedikit maklumat mengenai sebuah kitab suci Al-quran yang Rimbabarapi perolehi dari seorang hamba Allah yang merupakan seorang pensyarah kolej di Kelana Jaya.
     Dizaman sekarang bermacam barangan,alatan,makanan dan minuman berasaskan kesihatan dan bermacam lagi yang berada dipasaran bertujuan mendidik,mengajar dan sesuatu yang memberikan kemudahan kepada kita sebagai manusia yang sentiasa mencari kesempurnaan dalam kehidupan.Sebagai hamba Allah  yang kerdil dan tidak tinggi ilmu dalam bidang keagamaan,hanya maklumat luaran menggenai keistimewaan Kitab suci Al-quran ini untuk dikongsikan.
     Rimbabarapi tidak nafikan sekarang banyak syarikat yang mengambil peluang menjual Kitab jenis ini di pasaran mahupun secara Online dengan harga diantara Rm300 hingga Rm450 senaskah.Ada juga yang menjual sehingga Rm800 senaskah.Untuk ilmu Allah rimbabarapi tidak mahu membangkitkan isu harga.Ilmu akhirat sebenarnya tidak terbayar jika dibandingkan ilmu dunia.Jadi ada sesetengah yang berkata kenapa fikirkan harga untuk mempelajari dan mendalami ilmu Allah?orang lain sanggup bersusah payah menyimpan wang untuk ke Makkah untuk menunaikan rukun Islam kerana Allah sehingga perpuluhan ribu bayaranya sehinggakan setiap tahun kadar tambang yang dikenakan semakin tinggi.Inikan pula senaskah Al-quran.
    Bukan mahu riak,tetapi demi masa depan diri sendiri dan anak-anak,Rimbabarapi membeli senaskah dengan harga Rm490.00.Setelah di belek dan diselidik,ternyata ianya sebuah Al-quran yang hebat kerana dizaman sekarang mungkin ada sesetengah individu yang malu  dan tiada masa untuk belajar mengaji dari Guru atau Ustaz kerana faktor usia dan masa.Atau mungkin ada individu yang tahu membaca Al-quran tetapi ingin memperbetulkan dari segi bacaan, panjang pendek,dengung dan haraqat pada setiap baris ayat suci ini.Dan mungkin ada individu yang langsung tidak menggenal ayat atau huruf dan ingin belajar secara sendiri kerana malu tetapi dengan Allah individu ini tidak malu kerana sanggup belajar dengan Al-quran ini.Menggapa Rimbabarapi berkata demikian?hebat sangat saya? 
Sebenarnya tidak...Saya tidak sehebat itu...Yang hebat ialah Kitab Al-Quran ini didatangkan dengan tengaga pengajarnya iaitu sebuah Quran Reader Pen yang mampu membaca dan menterjemah setiap baris ayat dengan begitu baik dan jelas sekali.Kita boleh  memilih enam Qari terkenal seperti imam Maher Maekli,Alsudaes,Alhuthaitfi,Albaset,Ghamidi dan Menshavi.Terdapat perbezaan diantara prodak yang lain kerana ianya lengkap dengan surah Muqadam,bacaan dalam sembahyang,doa pilihan dan surah lazim.Jadi apa yang anda perlu lakukan ialah menyentuh kepala surah dan pen ini akan membaca seluruh muka surat yang disentuh nombornya.Selain itu fungsi pen ini ialah ianya mampu merekodkan pembacaan sendiri kerana ianya di datangkan dengan 4 GB memori dan boleh ditambah dengan slot memori yang disediakan.Pen ini juga dilengkapi  speaker yang bermutu tinggi serta didatangkan dengan terjemahan dalam beberapa bahasa.Terjemahan sekarang dalam bahasa melayu dan inglish.Selain itu pen ini lengkap dengan bateri lithinium bina-dalam dan pengecaj bateri sama seperti hand phone.Alat pendengar disertakan bersama bagi memudahkan anda mendengar ketika berada di tempat awam ataupun didalam kenderaan awam.



Rupa bentuk Quran reader Pen.
















Set lengkap Digital Quran reader pen.




    Mungkin ada diantara anda yang membaca artikel ni tertanya-tanya sama ada adakah set ini mendapat kelulusan dari pihak Jabatan Agama Islam.Jawapannya ianya telah mendapat kelulusan dari Ahli jawatankuasa penyemakan dan penilaian teks Al-Quran(lajnah tasheh Al-quran)kementerian dalam negeri dengan nombor dan cop kelulusan KDN:PQ/Q.1001/1.2/QA/331/15/2011 dan telah di semak oleh 25 orang Ustaz di jabatan tersebut.Selain itu set ini juga di berikan jaminan kerosakan teknikal selama 1 tahun.Bagi rimbabarapi kesempurnaan dan kemasan juga yang mendorong untuk Rimbabarapi memiliki Al-Quran ini dengan kotak yang cantik memudahkan  untuk kita menyimpannya.Set Al-quran ini juga sesuai dijadikan sebagai Hadiah buat rakan-rakan,ahli keluarga atau pasangan yang ingin membina masjid.Pada Rimbabarapi set ini adalah yang terbaik dan setakat ini sahaja yang boleh di kongsikan bersama anda yang melawat Blog Rimbabarapi ini.Kepada anda yang mungkin ingin memiliki set ini boleh hubungi saya melalui hand phone :016 6063638 atau FB di ed_halil@yahoo.com untuk mendapatkan maklumat bagaimana untuk memilikinya.Assalamualaikum...