CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, February 13, 2011

cameron highlands...

20.1.2011 cuti perayaan Thaipusam yang sudah mejadi cuti umum bagi rakyat Malaysia di gunakan sepenuhnya oleh mereka-mereka yang memang suka berjalan melawat tempat yang menarik di dalam Malaysia mahu pun di luar negara.Sama seperti aku juga yang memang sudah lama merancang untuk ke pusat peranginan di Pahang.Cemaron Highlands yang memang terkenal dengan kesegaran sayur-sayuran,ladang tea yang meluas,tempat pengginapan yang pastinya meninggakan seribu kenangan dan yang paling menarik ialah strawberry farm yang boleh di petik sendiri.
  
allyia kongsi ngan baba jer..lagi pun isi
durian nie tebel..pearghh!!pekat,
melekat,huih!






wah!mama makan dengan lahap sekali.sapa
teringin mah le datang ke tapah perak.
sedap ko...





BERHENTI MENJAMU MATA DI LATA ISKANDAR
   
kalau dapat mandi nie,mesti best..

Prodak kraftangan di cemaron highlands
Walaupun benda2 mcm nie mudah didapati
di kuala lumpur,perbangdingan harga berbeza dan masih boleh tawar-menawar.Agaknya sewa dngan pihak majlis murah kot.





senyum semua...mama ambil gambar.Gerai makcik nie
memang best,harga memang murah la..lagi banyak info yang kami
perolehi menggenai Cameron Highlands.Baik betul mak cik nie..terima kasih.




sebenarnya tak la sedap sangat.sedap lagi tea yang bini aku buat,


MINUM TEA DI CAMERON HIGHLANDS.
Rm16.00 untuk 4 orang minum
nak merasa la kan..lepas nie tobat tk minum dah.
  Perjalanan dari Kuala Lumpur hampir 2 jam sampai susur masuk Tapah pada pagi itu memang mendamaikan.selepas tol Tapah,melalui jalan kampung aku terlihat sekumpulan kecil orang asli menjual buah durian.Anak aku yang kedua nie,2 hari sebelum pergi sibuk meminta aku carikan durian.Dah macam orang mengidam pulak.Rezeki dia la tu.Yelah,aku sendiri pun dah lama tak makan durian.Jadi kami pun berhenti sekejap.Yang sebenarnya aku sudah terlajak pun.Tetapi isteri meminta aku berpatah balik.Mungkin satu tempat nie je yang ada jual durian.Betul juga...lagipun durian baru nk mela gugur.Jadi setelah beranya dengan tuan punya buah,yang sedang rm3 dan yang besar rm9 sebiji.Jadi kami ambil yang rm3,3 biji dan minta dibelah.Perghh!!!cakap ko...kalau kt kuala lumpur dah kira D24 tu.Punya cantik isi.Lepas makan masa nak bayar,peniaga tu tanya yang kami ni baru balik dari Cameron Haighlands ke,jawap kami baru nak naik.Dia pesan makan durian nak naik atas tak elok kerana mudah pening.Aku jawap rasanya tak kot.Tetapi sewaktu pertengahan jalan yang berkona-kona seperti ular,2 anak aku dah terlepek kat belakang,pening dan loya perut katanya.Aku dan isteri juga dapat rasa yang sama.Jadi aku memandu dengan perlahan dan kami berhenti di kawasan air terjun Lata Iskandar nak bergambar sambil menghilangkan sebu perut akibat makan durian tadi.Cantik tempat nie dengan air terjunnya yang tinggi,air yang jernih dan peniaga yang rata-rata berbangsa melayu yang peramah.Banyak juga kedai cenderamata dan hasil kraftangan dari hutan yang di buat oleh orang asli di sana.Sesudah puas menjamu mata di Lata Iskandar,kami meneruskan perjalanan ke puncak bukit Cameron Highlands.Jalan yang sempit dengan selekoh yang berterusan melambatkan perjalanan kami tetapi nyata berbaloi apabila berpeluang melihat perkampungan orang asli dari dekat.Rata-rata mereka berniaga di bahu jalan menjual pelbagai spesis pokok renek yang tumbuh meliar di hutan.Semakin hampir kami dengan sempadan Cemaron,mata kami disajikan dengan permandangan ladang TEA CEMARON yang luas dan cantik.Dibahu jalan terdapat gerai menjual prodak Tea yang manpunyai pelbagai perisa.Aku sekeluarga berhenti seketika untuk menikmati keenakan Tea disini.Ada kabar yang aku dengar Tea di Cameron sedap.Jadi aku try la satu jug untuk 4 orang minum.Boleh tahan,rm16.00.Kalau pergi kedai makan lepas makan nasi berlauk untuk 3 orang.Tapi tak pe la..merasa orang kata.Sekali minum pergghh!!sedap lagi Tea anak aku buat.Mungkin aku bukan penggemar Tea cuma pandai minum dan komplain je.Tapi pada aku memang tak sedap la.Berair mata nak habiskan secawan tea.Lepas tu apa lagi,sesi bergambar la dengan pokok Tea.Bukan main la isteri dan anak aku.Seronok agaknya ....                                                                     Seterusnya kami meneruskan perjalanan ke pucak Cameron Highlands dan berhenti makan di bandar Cameron dengan nasi ayam panggang.Dibandar tersebut terdapat bermacam kemudahan yang memudahkan untuk kita berurusan dengan pihak kerajaan mahupun swasta.Dipendekan cerita perjalanan,kami pergi ke Strawberry Farm yang terletak disebuah pekan kira-kira 5km dari bandar.Ladang tersebut juga sangat besar dengan deretan kedai yang menjual hasil strawberry,makanan yang berasaskan salat dan pelbagai jenis bunga yang beriklim sejuk.Kemudahan tandas juga bersih.Untuk tidak mengecewakan anak gadis aku yang memang teringin sangat memetik sendiri buah strawberry dengan rm40 perkilo dan rm5 setiap 3 pokok salat.Memang itu permintaan dia sejak dulu.Bila ayah nak bawa Allyia pergi petik buah strawberry.Kadang-kadang permintaan anak kalau tidak dapat dipenuhi,rasa tak sempurna menjadi seorang ayah.Melihat gelagat anak-anak dan isteri di ladang tersebut,seolah-olah itu kebun atok diaorang je.Sangat berbaloi.Hampir 2 jam di strawberry farm,tidak terasa masa begitu cepat berlalu dan setelah puas kami berangkat pulang pada sebelah petang dan sampai ke Kuala Lumpur pada 9malam...


tengok bebe petik sendiri...best laa 











                                                                                                                                         

Monday, February 7, 2011

PASTI BERAPII..

Dalam masa yang terdekat,rimbabarapi akan mempamerkan barangan terbaru seperti pakaian lelaki,wanita dan kanak-kanak,bag tangan,perhiasan wanita dan bermacam lagi...tungguuuu.....

Wednesday, February 2, 2011

jiwa kacau..

Kacau betul hari nie..nyaris aku nk belasah mamat yang selama ini mainkan hidup aku..kacau dibuatnya...mana tk kacau...2 tahun aku bersabar dengan kerenah mamat sekor nie.Pandai sungguh bermain kata,ada je alasan tiap kali sms.Call memang tk angkat punya.Malam nie aku dapat info yang mamat nie ada kt sentul pasar,aku call kawan aku yang mempunyai iphone 4,suruh die jejak tempat mamat nie berada.Tak sampai 3 minit,dapat.Huii...kalau malasyia nie tak de undang2,dh lama aku...paham2 la kalau orang dah marah.Biasa la kalau dah buat salah,Maaf..maaf..maaf...dah macam cerita P.Ramli pulak.Tak pe...tengok la,bagi peluang kali nie...Mana jiwa tak kacau...pasal die punya janji..kengkawan semua lari..peh!jiwa kacau..cakap ko...betul2 jiwa kacau...