Fuh!sibuk betul sejak kebelakangan nie..sampai nk update Blog pun tak sempat.Walaupun Tahun 2011 baru bermula,Syarikat tempat aku bekerja telah mulakan sesuatu yang berbeza dengan membuka sebuah lagi cawangan di Pulau Pinang.Jadi mana yang terlibat akan sibuk menggenai hal di sana.Ini termasuk aku yang juga terlibat selaku orang yang bertanggungjawab membawa dan menyusun segala apa yang di perlukan di sana.Mungkin di hujung bulan Januari aku akan kesana lagi.
Kesibukan ini juga yang membuatkan aku lupa akan orang yang aku sayang yang selalu mendoakan aku agar segala kehidupan aku sekeluarga bahagia selalu.Orang yang selalu membuatkan aku rasa bersalah kerana tidak dapat memenuhi keperluan yang sepatutnya diberikan kepadanya sebagai seorang anak.Memang dia tidak pernah meminta kebendaan dunia,tetapi kekesalan dalam diri sendiri yang membuatkan aku rasa seperti gagal menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak.
........EMAK...!Orang ini yang aku maksudkan..Lama tidak mendengar khabar emak,bukan aku lupa,hari-hari emak yang aku fikirkan,sihat ke,bagaimana makan dan minum emak,masih larat lagi ke menjalankan rutin harian...cukup ke perbelanjaan emak.Kesian emak,nasib baik Along berbesar hati menjaga emak di kampung.Terima kasih Along...tidak-tidak ada juga emak berteman dan berhibur dengan telatah cucu-cucu emak.Ye..Arwah Abah sudah tiada..tetapi mak seorang yang tabah.
Menggenang kembali sejarah lampau sewaktu aku celik mata di dunia ini,Rumah pertama kami di Perak,Teluk Intan sekarang.Dulu Telok Ensent macam tu la bunyinya di sekitar tahun 70-an.Aku yang lahir pada 21.01.1978 kini sudah hampir 33 tahun aku meninggalkan tempat kelahiran aku kerana berhijrah ke Tanah Rencangan Felda di Pahang.Seingat aku sewaktu aku di Perak atau BIAK panggilan orang di sana..rumah kami terletak jauh di hujung hutan.Waktu itu rumah kami paling jauh dari penempatan orang lain.Hanya ada 3 buah rumah yang berselang dari 2 dan 3 petak sawah.Pendapatan kami ketika itu bersawah.Itupun sawah kepunyaan nenek tidak silap aku dan emak mengerjakan tanah yang ada dengan menanam pokok pisang dan pokok cili.yang selebihnya pokok-pokok buah-buahan seperti Rambutan,durian dan banyak lagi.Disamping itu juga arwah abah mempunyai kemahiran membaiki motosikal dan abah memiliki bengkelnya sendiri yang jauh dari rumah.Sewaktu aku masih kanak-kanak,kami ada membela Anjing yang diberinama Hitam sebagai penggawal rumah kerana rumah kami terdedah dari ancaman binatang buas.Ada kala tetamu tidak diundang seperti Ular berbisa,Babi Hutan dan juga Beruk(babun) datang melawat kami...Ketika itu Si hitam akan menyalak memberi isyarat.Namun tidak lama si hitam mati tanpa sabab.
Sebagai kanak-kanak,rutin harian aku sama dengan kanak-kanak lain di zaman itu.Jarang-jarang menolong mak di sawah.Aktiviti kami hanya bermain bersama Anak-anak Arwah Mak long.Biasanya emak akan ke sawah di awal pagi sementara abah akan pergi ke bengkelnya.Selepas habis kerja disawah,aku akan menemani emak ke sungai di depan rumah kerana emak akan membasuh kain secara menual kerana rumah kami tiada bekalan elektik dan air bersih.Tetapi sungai ketika itu belum tercemar lagi.Waktu itu adik aku yang ke-3 masih kecil Halimah baru mula belajar merangkak.Leka bermain,tiba-tiba emak menjerit adik hilang dari tempat emak menbasuh kain.Aku terjun kedalam sungai..Mujur nyawa adik aku panjang kerana dapat diselamatkan.2 kali kejadian yang sama berlaku dimana adik aku jatuh kedalam sungai disebabkan kecuaian aku sendiri.Ada kala aku menemani emak mencari ikan di sungai jika abah sibuk di bengkel dan tidak sempat menghantarkan lauk.Menggunakan jala untuk menangkap ikan bukan sesuatu yang mudah.Emak pun bukan pandai menggunakan jala.Antara kaedah lain ialah jala dijadikan seperti pukat tarik.Jadi lokasi pilihan emak ialah gelong atau kunci air yang menyalurkan air ke sawah.aku sebagai penarik jala kerana saiz badan aku yang kecil ketika itu.Dengan bertelanjang aku masuk kedalam gelong air dengan perasaan takut.Gelap!takut ular sawa atau ular belang kuning.tetapi sebab emak aku tunjukan kejantanan aku.Tiba-tiba sesuatu menggigit anu aku...nak menjerit rasa kelu lidah tidak terkata kerana sangkaan aku ular.Perlahan aku cakap.''Mak,ada benda gigit tuttt... aku''.bila aku rasa seperti kepala ular sawa,terus saja aku sentap angkat keatas.Rupanya ikan Haruan.Cis!apa yang menarik sangat anu aku di mata Si Haruan.Emak ketawa denga telatah aku.Cerita Haruan gigit anu aku,emak ceritakan kepada abah.Gelak besar abah tengah hari itu.Lauk yang aku dapat pada hati itu menggunakan anu aku..he..he...Abah sempat juga beseloroh.Nasib tidak putus dan lepas nie tangkap ikan pakai anu je...Ada masa aku menemani emak memancing ikan puyu di tali air berdekatan rumah kami.Ya..zaman itu kepada yang suka memancing,ikan memang mewah.Udang galahnya,kalau sudah musim..sampai muntah makan udang.Ada kala abah akan mencari spesis Burung yang boleh di buat lauk dan emak memang pakar dalam memasak.Sehingga sekarang,belum ada masakan mak yang aku kata kurang sedap.Air tangan emak,keikhlasan mak memasak untuk anak-anak walaupun telur goreng pun sedap.Heran aku.Kalau di kedai,ada je komplen,kurang garam la,payau la...Antara yang menjadi kegemaran kami adik beradik ialah masak kicap dan masak kuning atau masak burung...Sebab selalunya burung yang abah tangkap,kami akan meminta mak masak masakan yang sama.Tengok!masakan yang sama pun tidak jemu kerana masakan emak memang BEST.Sehingga sekarang,kalau balik kampung,kenyang macamana pun kalau mak sudah masak,jangan kata mak mertua lalu,hantu duduk sebelah pun aku tidak pelawa.
Antara yang aku ingat,dulu mak pernah belajar menunggang motosikal kerana boleh berdikari jika abah balik lambat untuk menghantar Along ke sekolah atau membeli barang keperluan dapur.Tetapi malangnya baru pertama kali mencuba,emak terpulas minyak terlalu kuat dan terus melanggar pohonan pokok bunga,Emak jatuh tetapi tidak cedera.Percubaan pertama dan jatuh membuatkan mak serik untuk belajar.Pernah suatu ketika diwaktu hujan lebat,aku dikejutkan mak dan abah.Entah kemana mak tergesa-gasa membawa aku serta adik-adik keluar dari rumah.Kami berjalan meredah hujan sambil berjaga-jaga.Wah!malam itu abah memberitahu ada sekumpulan gajah yang masuk ke kawasan sawah.Sesekali kilat memancar,terlihat kelibat Sang Gajah berkubang bermandikan lumpur.Memang menakutkan kerana Gajah tersebut memang besar.Malam itu kami tudur di pondok nenek.Dan pada keesokan harinya,Gajah tersebut masih lagi duduk ditengah sawah.Habis padi mak.Pada pagi itu juga pihak perhutanan datang menghalau kumpulan gajah ke tengah hutan.Ada perkara yang melucukan yang aku sembunyikan dari penggetahuan mak dan abah.Suatu ketika aku,along dan beberapa orang sepupu kami pergi ke hujung sawah mak.Terkejut kami rupanya ada pokok durian.Setahu aku itu pokok durian nenek.Itulah pertama kali aku melihat buah durian kerana sebelum ini aku lihat orang jual di bahu jalan atau abah beli untuk kami.Kami masing-masing teruja melihat begitu banyak buah durian yang bermacam saiz.Apa lagi,ada yang panjat dan terus petik buah durian.Aku pun sama,kami ambil yang besar-besar sorang sebijik.Kemudian kami sorok di tempat rahsia.Aku,along dan Pak Tam isa sorok di dalam semak.Ini kerana durian yang kami ambil,semuanya muda lagi.Tiap-hari kami datang memeriksa sama ada buah tersebut sudah masak atau belum.Dan akhirnya tahap kesabaran Pak Tam isa hilang.Terus saja di libas dengan parang.Memang sah muda.Langsung tidak boleh makan.Namun tiada apa-apa cerita yang kami tahu selepas kehilangan buah durian nenek.Ianya menjadi misteri. Sehingga arwah abah meninggal suatu malam aku bercerita menggenai memori sewaktu di perak.Terkejut emak bila aku ceritakan menggenai buah durian nenek.Ketawa mak malam tu.Kalau cerita semasa abah ada ,mesti seronok .Manakan tidak.Rupanya kehilangan durian nenek mambuatkan nenek mengamuk dengan abah sampai disuruhnya abah tidur di bawah pokok durian pada tiap malam kerana ada orang mencuri.abah memang anak yang taat.Ikut je.Kalau aku,sorry la...tidur la abah di hujung hutan bertemankan ubat nyamuk kerana anak-anak yang mencuri durian,abah yang menjadi mangsa.Maaf abah.Emak ada cakap yang arwah nenek seorang yang berkira.Tapi bukan kedekut.Buah durian itu memang sudah nenek kira berapa biji semuanya.Yang kami curi tu banyak juga...Apa yang membuatkan mak kecewa ialah kisah buah durian tu tidak dapat dikongsikan bersama abah.Hampir 30 tahun rahsia itu aku simpan sampaikan along pun dah lupa.
Masa berlalu pantas,Permohonan abah untuk masuk Tanah Rancangan Felda diluluskan dan kami berpindah ke Felda di Pahang.Sedih aku lihat wajah mak meninggalkan rumah yang banyak kenangan yang tidak dapat dilalui zaman sekarang.Malam hanya bertemankan lampu minyak tanah,Radio buruk abah yang disambung bateri sampai dekat 10 biji punya panjang dari radio dan T.V hitam putih pun gunakan bateri.Sedih kalau bateri nk habis,pulak tu cerita tengah best.Apa yang membuatkan mak lagi terasa ialah tahun itu pokok durian mak baru mula belajar berbuah.Banyak pulak tu.Semua mak amanahkan kepada MakLong untuk menjaga pokok tersebut.
bersama emak tersayang |
Bermula kehidupan baru sebagai anak Peneroka Felda di sektor perladagan Kelapa Sawit pada awal permulaan amat memeritkan.Rumah kami terletak di atas bukit antara yang paling tinggi sekali berbanding rumah orang lain.Dengan semak samun sehinggakan rumah kami tidak kelihatan dari depan jalan.Siang malam emak dan abah memerah keringat membersihkan tanah rumah kami sebanyak 1 ekar yang diberikan oleh pihak Felda.Suasana baru,kawan baru sedikit sebanyak mempengaruhi aku dengan bahasa yang berbeza.Ada yang berketurunan utara,jawa,banjar dan india.Dalam masa yang singkat aku sekeluarga dapat menyesuaikan diri dengan keadaan baru.Hari pertama aku bersekolah,aku telah di tampar oleh cikgu perempuan gara-gara tidak tahu bilik darjah aku.Hampeh!Yang memyeronokan aktiviti kampung masih sama dan aku bersama kawan-kawan baru dapat berkongsi permainan yang popular di kampung masing-masing.Banyak suka duka ditempat baru.Adakala emak seperti mahu balik ke Perak kerana tidak tahan dengan keadaan kewangan yang sangat kronik.nasiblah abah pandai dalam kehidupan kampung.Aktiviti mencari ikan kami lakukan selepas selesai kerja di ladang kelapa sawit.Ikan di sini lebih sedap dan lemak.Mungkin kerana sistem air yang semulajadi dari hutah Endau Rompin membuatkan hidupan air di sungai tersebut sangat organik.Ada kalanya hujung bulan abah tiada gaji kerana habis di tolak Felda,tetapi kami masih ada makanan kerana felda menyediakan Koperasi untuk Peneroka.Dan aku juga bersyukur kerana abah pandai membaik pulih motosikal,jadi kewangan kami juga terbela.Yang merugikan ialah anak-anak lelaki yang tidak seorang pun memiliki bakat seperti abah.Dan dengan hasil itu juga kami adik-beradik seramai 7 orang membesar dengan sihat.Tanpa sebarang masalah terutama kewangan.Tambahan pula hasil Kelapa sawit selepas beberapa tahun menunjukan peningkatan yang baik.Malah emak masih setia menjalankan tanggungjawab sebagai ibu.Masa berlalu begitu cepat sehinggakan aku dan along ke sekolah menengah di Muadzam Shah.2 Tahun aku di sana aku tukar sekolah di Kuala Lumpur.Meninggalkan keluarga pada mula amat janggal.Lama-kelamaan aku jadi biasa.Lebih lagi waktu itu aku ada kerja sampingan selepas waktu sekolah sebagai pembuat burger di kantin sekolah dengan bayaran rm15.00.Waktu itu rm15.00 banyak dah.Aku pula jenis yang pandai simpan duit.Pagi pergi sekolah atok bagi rm5.00,jadi duit yang aku dapat hasil kerja sambilan aku simpan.Aku ingat lagi tingkatan 4.Aku pelajar pertama yang pakai Handphone Motorola yang besar macam botol air tu.Tapi sekejap ke.Pakcik aku kebas.Ye lah!nak telepon sapa?bukan macam sekarang.Budak sekolah tadika pun pakai Handphone.3G lagi.Dalam tampoh aku di kuala lumpur,sesekali aku balik juga melihat mak dan abah di kampung.Waktu aku mula merokok,dengan mak juga aku mengaku yang aku hisap rokokTakut nk cakap dengan abah.Nanti kena tarik telinga ataupun kena luku(ketuk kepala dengan tangan)Malam tu mak secara spontan beritahu pada abah.Langsung abah tidak terkejut.Mungkin dia dah dapat cium kegiatan aku hisap rokok secara curi-curi.Cuma tiada bukti.Pada abah kalau nak hisap rokok boleh,1.Kalau nak beli gunakan duit sendiri.2.Kalau aku terlibat dengan dadah kemudian ditangkap,abah takkan jamin aku keluar dari balai.Pesan abah aku dengar.Tapi bila sudah buat pengakuan,rasa nak merokok aku makin kurang.Sampai sekarang aku cuma merokok bila aku rasa nak.
Sewaktu nenek perempuan aku sakit,Mak juga yang menjaga makan,minum,mandi,berak dan sebagainya macam budak baru lahir.Ini kerana nenek sudah betul-betul uzur.Ada kalanya nenek diambil oleh Mak long.Bergilir-gilir di sebabkan ketika itu abah pun bukan sihat sangat.Seingat aku sewaktu aku terlibat dalam kemalangan di Kuala Lumpur,hampir sebulan aku tinggal bersama keluarga angkat.Luka dikaki aku semakin teruk berlubang.Lepas habis SPM,aku balik ke kampung,terkejut mak aku,aku sampai waktu sudah hampir senja.Ketika itu mak keluar mencari daun-daun pahit untuk mencuci luka dikaki aku yang bernanah.Walaupun mak bising kerana aku tidak mengambil kisah pasal luka tersebut.Seminggu selepas itu,aku lihat perubahan yang ketara hasil ramuan daun herba yang mak sediakan.Terharu bila dikenangkan kembali.Boleh dikatakan setiap hari mak sediakan ramuan untuk aku rawat luka tersebut.
Selepas pemergian Arwah nenek,abah pula yang sakit.Namun mak sentiasa sabar merawat abah.Nampak juga perubahan pada wajah abah beransur pulih.Sehinggakan suatu hari kami dikejutkan dengan pemergian Mak Long kakak sulung abah.Abah pernah bergurau dengan mak long.Adik beradik abah semua sudah pergi mengadap ilahi,yang tinggal kita berdua je lagi."agak-agak sapa yang mati dulu?hang ke aku?" tanya abah di suatu pagi raya.Mak Long sambut gurauan abah"Hang dulu,aku wagas(sihat)lagi".kemudian mereka ketawa.Nak di ingakan selepas Arwah nenek lelaki pergi,seorang demi seorang adik beradik abah pergi.Yang tinggal Mak Long anak yang sulung dan abah anak yang bongsu.Arwah Mak long Meninggal di Hospital Serdang kerana jatuh di bilik air.Dan arwah abah yang terakhir.Kini yang tinggal hanya emak dan 7 orang anak serta 10 cucu dan 2 cucu angkat.Tetapi faktor kerja yang membataskan kami adik beradik berkumpul.Kasihan emak.
Kasihan emak....aku sudah 33 tahun pada 2011.Bermakna aku masih belum menunaikan janji aku kepada emak.Sabagai saorang anak,siapa yang mahu melihat emak kita yang masih masih melakukan kerja yang sama sejak dulu.Kalau boleh aku nak lihat emak berehat sambil melayan kerenah cucu.Suatu yang aku impikan ialah bertapa puas hati aku jika dapat aku menghantar emak ke Tanah Suci Makkah mengerjakan rukun islam yang ke lima dengan hasil titik peluh aku sendiri.Tidak terbayar rasanya setitik susu emak dengan duit.Tidak terbayar kasih sayang emak ketika membesarkan aku.Tidak terbayar pengorbanan emak kepada kami adik beradik.Ya Allah,Kau panjangkan umur emak,kau ampuni dosa-dosa emak,Kau berikan kesihatan yang berkekalan..amin.Emak,abang sayang emak.Sukar untuk aku gambarkan bertapa aku rindu kasih seorang ibu.Kalau boleh aku undurkan waktu,aku rela menjadi kanak-kanak semula.
Kenangan Arwah Abah dan Emak |
Sekarang aku melalui apa yang emak dan abah lalui apabila aku sendiri kini sudah berkeluarga dan mempunyai 3 cahaya mata.Cuma suasana berbeza.Perjalanannya tetap sama seperti roda.Yang pasti kehidupan mesti diteruskan supaya genarasi keluarga kami berkekalan.
Banyak kisah suka duka yang terpaksa aku rahsiakan demi menjaga maruah insan yang terlibat dalam sejarah keluarga aku.Yang penting memori kenangan hidup aku akan terus segar dalam hidup aku...